Tuesday, June 28, 2011

lempeng/pancake cheese berudang ala cucuq udang jagung

salam,
panjang bukan main title entri kkida yang nikan...

sebenarnya kkida tak tau nak letak tajuk entri yang sesuai dengan dish ni...oleh itu kkida tulislah segala ingredient yang ada sebagai tajuknya...jika boleh kkida nak letak perkataan kucai, bawang dan cili sekali...hehe...

dan entri kkida kali juga kaya dengan gambar...bukannya apa kkida suka dengan warna lempeng ni yang cantik dan menyelerakan... dan juga senang, tak perlu kkida nak cerita lebih-lebih... ingredientsnya adalah seperti diatas....jagung, bawang besar cincang, cili merah cincang, kucai, cheese dan tepung...jumlah bahan terpulang kepada anda...lain-lain bahan yang tak nampak ialah garam, soda dan baking powder....kuantiti tepung yang kkida guna ni adalah lebih sikit dari satu cawan, sodanya kkida letak 1/2 sudu teh dan baking powder 1 sudu teh...garam secukup rasa...air guna air suam-suam kuku...bancuh hingga kepekatannya seperti kita buat lempeng kelapa... panaskan minyak sikit je dalam frying pan seperti foto di bawah...kkida guna minyak zaitun
...letakkan beberapa sudu batter ke dalam pan dan ratakan...susun udang atas pancake batter...masak hingga keperangan kedua-dua belah... seperti ini... angkat, potong beberapa segmen dan hidangkan dengan cili sos dan mayonnaise...kkida rasa elok masak cara begini berbanding deep fry...bolehlah kita kurangkan penggunaan minyak...

9 comments:

  1. salam KKida..selamat berjaya kpd anak akak yer!!

    ReplyDelete
  2. As Salam..
    Memang berselera tgk lempeng/pancake cheese..must try one of these days. I've tried baking the custard teacake following your recipe..the 1st time tak menjadi tp 2nd time alhamdulillah elok jadinya. Nak ucap selamat maju jaya kepada Ajwad kerana ada persamaan dgn anak saya, dia reject UPU kerana silap pilih course jugak dan sekarang belajar di kelas Pra U. Apa-apa pun kita doa yang terbaik kpd anak-anak kita... :)

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam,
    sedapkan custard teacake tu...berbaloi membuatnya...saya juga ucapkan selamat maju jaya kepada anak puan nani...saya menjengah ke blog puan nani tadi...hmmm...blog yang lebih serius berbanding blog saya ni...hehe...btw...blog adalah tempat kita mencurahkan rasa hati termasuklah saya...:)

    ReplyDelete
  4. kak ida...sedapnya lempeng tu..tgk saja pun sudah menyelerakan... anak2 saya mesti suka ni...nanti nak dtg lagi blog kak ida nak salin resepi...

    ReplyDelete
  5. salam kak ida.. i dh try lempeng cheese tu... superbb la kak.. sedap sgt.. my kids sambil menyuap mknan tu asyik cakap "sedap la mama".. TQVM kak...

    ReplyDelete
  6. salam Izan, salam yatie,
    yatie dah cuba dan anaknya makan hingga menjilat jari...hehe...
    Izan bila pula nak buat nak komen kat sini...
    terima kasih kerana suka dgn resepi kkida ni...:)

    ReplyDelete
  7. kak ida...cheese jenama ape yeh kakida pakai tu?

    ReplyDelete
  8. elya,
    itu cheddar cheese...yang berwarna kuning...ada dijual kat mana-mana hypermarket...jika guna cheese jenis lain pun ok...seperti parmesan, mozarella dll.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...