Thursday, June 16, 2011

iranian bread, meat sauce and cheese

salam,
resepi-resepi seperti ni dah banyak kali kkida share di blog ni...cuma mungkin ingredientnya sahaja yang berlainan...setiap kali jika anda nak buat hidangan seperti ini...you must have 3 main ingredients...iaitu samada pasta atau roti...the sauce....tak kira samada ready-made bottle sauce atau home-made sauce dan cheese... meat sauce:
1 bottle ready-made pasta sauce
1 can tomatoes, chopped
3 ulas bawang putih, chopped
3-4 tablespoon chili blender
daging kisar, anggaran 2-3 cawan
7-8 fresh white button mushroom, chopped
1 large onion, chopped
1/2 beef cube
salt and sugar to taste

panaskan 3 sudu besar minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan chili blender, kemudian masukkan daging...kacau hingga daging berubah warna....masukkan sauce dan tomato...biar mendidih...masukkan lain-lain bahan...kacau hingga kuah sejat... iranian bread ni kkida terjumpa kat satu supermarket di centre point...nilah pertama kali kkida tengok roti ni....since tak pernah makan roti ni maka kkida pun belilah....tapi sebenarnya masa beli tu kepala kkida ni blank, tak tau nak makan macam mana....sebab tulah roti ni tersimpan sampai hari ni...tengoklah tarikhnya tu....dah dekat nak due...hehe....pagi tadi kkida teringat semua bahan untuk resepi ni ada....so kkida pun main bantai jelah....buat ikut rasa mulut...tapi bila dah jadi sodap pulak....memang sesuailah roti ni untuk resepi seperti ini....mungkin sebab texturenya yang tebal dan lembut...mudah di bentuk....maka next time kalau terjumpa lagi roti ni bolehlah beli....kkida rasa roti macam ni better than lasagna sheet...lebih chewey dan mudah serap flavour from the sauce and cheese... cara nak asseble roti dan meat saucenya...ikut seperti foto diatas...bentangkan roti atas meja, letakkan meat sauce atas roti pada bahagian yang pendek, taburkan cheese dan gulung roti seperti menggulung tikar....susun dalam bekas kaca tahan panas... untuk cheesenya anda boleh guna mozarella yang biasa dijual di supermarket dan juga parmesan cheese....tapi jika ada lebih budget kedua-dua jenis cheese (foto) ni adalah sangat sesuai untuk resepi ini dan lebih sedap....ia sesuai untuk hidangan pasta...lihat jelah foto-foto yang kkida uploadkan ke entri ni...meleleh ayag lioq kan... ok, belum habis lagi ye....selepas anda dah susun roti yang dah diisi dengan meat sauce dan cheese tadi (foto atas sana...)...tuangkan lebihan meat sauce keatas roti...pastikan ia menutupi semua roti...(sepatutnya kuantiti ingredients yang kkida beri untuk meat sauce adalah lebih dari mencukupi)...

kemudian taburkan cheese atas meat sauce hingga menutupi semua permukaan meat sauce...sampai tak nampaklah meat sauce tu...taburkan daun basil kering dan chili sos jika suka... bakar dalam preheated oven selama 15 ke 20 minit pada suhu 190C atau hingga nampak cheesenya mula cair dan kekuningan... hidang panas-panas....yummy! kalau ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk...preheat dalam microwave sebelum makan...

7 comments:

  1. duhh~~ tmpting..xsabo nk tgu resipini..
    hehe! =D

    ReplyDelete
  2. nak resepi.. nak resepi.. nak resepi.. hehe... sedapnye...

    ReplyDelete
  3. aduhh, looks so yummylicious, roti iran tu dah mcm sotong kering tu kak...droolinggg....

    ReplyDelete
  4. emmm..lazat sgt nmpk ...sekali tgk yg dh masak cam lasagna pun ada...

    ReplyDelete
  5. salam kak ida..sedap nampak nih...ala2 lasagna ya..

    ReplyDelete
  6. memang roti ni sangat sesuai ganti kepingan lasagna yang keras tu...rasanya lebih kurang sama je...tapi roti ni tak taulah ada jual kat mana lagi...kkida pun jarang jumpa...

    ReplyDelete
  7. Salam k.kida.. ada tak resepi yg guna tortilla? Mesti sedap klu k.kida punya version..

    ReplyDelete