Friday, June 3, 2011

berkelah di pantai nan indah...

salam,
2 malam di pulau pinang memang sesak dada dan sesak nafas...hehe....
sesak dada sebab tengok telalu banyaknya rumah-rumah dan bangunan mewah naik bak cendawan tumbuh....sesak nafas sebab tak cukup masa nak mencari bermacam jenis makanan yang dah kkida listkan...oleh kerana masa tak cukup maka terpaksalah kkida lupakan saja...takpalah jika ada rezki lain kali kita pi lagi...

semalam kkida berkelah ke pantai yang agak terpencil...kami ke teluk bahang dulu ke tempat dua pupu hubby sebelum beliau bawa kami menaiki bot nelayan ke pantai tersebut yang mengambil masa 15 minit perjalanan...

memang kkida agak takut jugalah naik bot tanpa jaket keselamatan dan bot pula melambung-lambung...dalam hati terus berdoa supaya selamat pergi dan kembali...

tapi overall memang seronoklah sekali-sekala beramai-ramai macam tu...cuma sedih my two anak dara tak join sekali...:( hussain my hubby's second cousin... gulai udang yang dibuat oleh isteri hussin... seafood hasil tangkapan hussin... ketam rebus ni memang manis....ketam baru lain sangat rasanya berbanding ketam yang dibeli dari pasar yang kakinya dah berikat dengan getah tu... ikan pari bakar... kek dan kuih muih...semuanya home-made... siput-siput ni melekat kat botol mineral....geli juga tengok.... seperti biasa kanak-kanak adalah yang sangat happy jika dapat berendam dalam air... my kids....depa memang jenis lasak....nak cuba semua....jika ke pantai pasti dia orang nak ride jet ski....sewanya rm60 for 15 minutes....setengah jam...rm120... suka sangat kkida dengan dua gambar ni.....macam pendatang tanpa izin yang baru mendarat...hehe... tapi kkida and family naik bot yang ni...ada tempat duduk....bot ni memang depa buat khas untuk pelancung-pelancung yang nak ke pantai yang agak terpencil dan cantik...

4 comments:

  1. bestnya ketam tu Kak Ida!saya biasa juga dulu2 masa di kampung dapat makan ketam fresh ni sebab arwah atuk dulu adalah nelayan

    ReplyDelete
  2. eh!bestnya tempat ni.teringin gak nak pergi sbb hubby dan anak2 mmg suka pantai.nanti kalau nak ke sini kita usha2 ida ya.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya bercuti dengan keluarga..

    ReplyDelete
  4. ixora,
    memang lain sangatlah rasa ketam fresh yang baru naik dari laut...manis isinya...untung orang yg duduk dekat lautkan...

    anymz,
    boleh...pergi je ke teluk bahang tu dan tanya kat nelayan kampung tu...mereka boleh hantar ke pantai tu dan ambik balik...sewanya bot tu tak pastilah berapa...

    Nur,
    ...seronok...thanks...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...