Saturday, June 4, 2011

apple carrot muffin

baru beberapa hari kkida tak buat muffin rasa macam merenyam je tangan kkida ni....gatal...hehe...

hari ni ramai orang kat rumah kkida ni...adik dari kuantan dan mak datang...hani balik dari uitm dengan 2 orang kawan...tadi MIL datang...singgah sekejap sebelum ke pekan dengan my dh dan ajwad...ada kenduri kahwin anak sedara MIL...kkida tak larat nak follow dah...semalam baru balik dari jalan jauh...so hari ni nak relax kat rumah je...sembang-sembang dan gossip-gossip dengan my sis dan my mum...hehe...

since 2,3 hari sudah asyik makan nasi kandar dan makanan yang sedap-sedap belaka, hari ni kkida makan sayur je...pecal...celur kangkung, togeh, kacang panjang, pucuk paku, goreng tokua, tempe dan cucur udang...makan dengan kuah kacang segera...huh! enaknya... resepi muffin ni lama dah kkida peram...nak buat dari sehari ke sehari...hari ni baru mood tu datang... buat muffin senang je...ringkas...godek-godek...dah siap...

bahan A
2 cups all purpose flour
1 1/4 cups granulated white sugar
3/4 teaspoon baking soda
1 1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 1/2 teaspoon ground cinnamon
(campurkan semua bahan dalam satu mangkuk)

bahan B
3 large eggs
3/4 cup corn/canola oil
1 teaspoon vanilla
(campurkan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati)

bahan C
2 cups grated carrot (squeeze the juice)
1 large apple, grated (squeeze the juice)
1/2 cup pecans/walnuts, chopped
1 cup coconut

campurkan bahan B dan C ke bahan A dan gaul rata...jangan terlebih gaul...sudukan bahan ke dalam bekas muffin dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180C (preheated oven) cream cheese icing...resepi ni pun dah beberapa kali kkida poskan ke blog ni...tapi yang ni kkida masukkan jugalah...senang tak payah susah-susah nak mencari yang lain...

1/4 cawan butter
1/2 cawan cream cheese
1 sudu kecil vanilla
(blend bahan diatas hingga creamy)
3-4 sudu besar icing sugar
(masukkan gula dan gaul rata)

4 comments:

  1. Kak ida ni memang pro, Kak Ida buat resepi jadi mudah untuk dicuba, saya yang memang tak reti langsung pasal buat muffin ni pun boleh faham, nak cuba sekali nanti..thank you

    ReplyDelete
  2. salam kenal kfida,

    saya skoden blog kfida ni..tertarik tgk gaya kfida masak, nampak emua jadi senang...okeh i follow & link ya..

    ReplyDelete
  3. ixora...kkida memang pro...hehe...tapi buat muffin memang sangat senang berbanding kek...semua main gaul je...:)

    nor,
    welcome to 1001resepi...:)

    ReplyDelete