Saturday, May 28, 2011

tempoyak patin

salam,
pagi tadi masa kat tesco kkida nampak ikan patin ni banyak dan fresh jugalah...memang kat tesco ni banyak jual ikan patin, maknanyakan pada pandangan kkida mesti ramai orang yang tinggal sekeliling tesco ni suka makan ikan patin...

sesungguhnya selama hari ni tak pernah tergerak langsung di hati kkida ni nak menyentuh apatah lagi nak membeli ikan patin kat tesco ni...tapi pagi tadi masa tengah dok pilih-pilih ikan maid kkida kata..."buk itu ikan macam dalam kolam di rumah ya buk"
kkida pun pandanglah ikan yang di maksudkan oleh maid kkida tu...hmmm ikan patin rupanya...dan jawab...
"ha ah...itu ikan patin namanya...yang kat rumah tu dah besar sangat...dah 2,3 tahun umurnya, memang tak lalu saya nak makan"

tapi entah macam mana, tangan kkida ni tariklah keluar sekor dua dari dalam ais tu...tengok insangnya masih berlendir dan merah lagi...wah, fresh juga ikan ni....sedap nih jika masak gulai tempoyak, tadi nampak ada tempoyak kat freezer tempat sayur tu...

lalu kkida pun ambiklah seekor yang sederhana saiznya, timbang dan masukkan ke dalam troley, then kkida suruh maid gi ambik tempoyak kat tempat sayur tu sebungkus...

balik rumah suruh dia (maid) bersihkan betul-betul, mandikan ikan tu dengna asam limau dan sebagainya...potong-potong...akhirnya jadilah gulai tempoyak ikan patin versi kkida...hehe

wah! panjang juga kkida reka cerita mengenai ikan patin ni kan...btw, sebenarnya memang kkida dan famili suka jugalah makan gulai tempoyak ikan patin ni...cuma tak berapa lalu nak makan ikan patin yang jual kat tesco atau mana-mana kedai ni kerana ingatkan ini patin bela...

biasalah ikan kalau dibela, terutama ikan patin ni makanannya ikut dan je...perut ayam, hampas dan saknika benda di jamu ke ikan tu...kekadang kalau ingat kembang jugalah tekak ni...tapi sekali sekala tak ngapalah kan... resepi ikan patin kkida macam ni...

kkida tumbuk cili merah, cili padi merah, kunyit hidup, bawang merah (kuantiti kena agaklah ye)...masukkan dalam periok, ketuk 2 batang serai juga masukkan kedalam periok...tambahkan air dan tempoyak...hidupkan api dan biar ia mendidih dalam 5,6 minit...tambah air jika perlu...masukkan ikan, timun atau bendi, daun kunyit, daun kesum, perisa, garam dan gula...biar mendidih hingga ikan masak...hidang panas...sedap....

3 comments:

  1. kebetulan pulak...hari ni saya masak Udang masak tempoyak ...udang kertas..fresh dari laut..

    ReplyDelete
  2. hehehe saya pon msk tempoyak ikan patin gak hari nih....dan ikan patinnyer pong di beli di tesco hahahaa kebetulan ler katakan

    ReplyDelete
  3. saya cuba banyak kali dah ikan2 darat ni, memang tak boleh nak telanlah Kak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...