Saturday, May 7, 2011

savoury muffin...daging, cheese dan carrot

muffin ni tidak manis...bukan pemanis mulut atau dessert...sesuai untuk lunch atau snack in between meal...macam kita makan cucuq udang, cucuq badak atau karipap...camtulah lebih kurang...untuk tea petang-petang pun ok...kalau makan untuk lunch boleh ganti nasi atau mash potato makan dengan grill chicken atau apa saja...

resepi ni kkida dah ubah suai dari resepi asal...

2 cawan tepung gandum (kkida guna pastry flour)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda (kkida tambah)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula (kkida tambah)
(ayak semua bahan dan letak dalam mangkuk besar)

bahan liquid
2 biji telur
125g butter, cairkan (kkida guna minyak canola 1/2 cawan)
3/4 cawan susu
(campurkan semua bahan dan whisk/pukul hingga sebati)

1 cawan salami cincang kecil (kkida guna smoke leg of lamb)
2/3 cawan carrot di sagat halus
1/2 cawan cheese cheddar sagat halus

extra cheese cheddar untuk topping
campurkan bahan liquid kedalam tepung dan gaul rata...kemudian masukkan salami, cheese dan carrot...gaul rata (don't over mix) sudukan dalam gris muffin pan atau muffin paper cup...taburkan cheese dan bakar selama 20 minit dalam preheated oven pada suhu 190C...

7 comments:

  1. MasyaAllah cantiknya muffin KakIda buat ni..rasanya dah tentulah sedap..bestnya pandai masak macam Kak Ida ni..nak cuba buat jugalah satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Salam Ida...

    kak cek tak penah wat savoury muffin cam gini...makan pun tak penah...bila tgk muffin ni kat sini teringin lak kak cek nak rasa...kenala buat kan...so kenala ada resepinya...jadi kak cek minta izin amik resepi dulu ek...tq kongsi2 resepi...:)

    ReplyDelete
  3. Wow! Savoury muffin plaaakkk... Cukup menawan. Sedaaapp nampak. Tak pernah dengar sebelum ni.

    Nanti kena try ni.
    Thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  4. baking soda n soda bikarbonat ni benda yang sama kan?

    ReplyDelete
  5. Sy penah cuba buat savoury muffin but it sambutan family kureng...since Kak Ida dah share recipe ni will give it a try one of thse days...insyallah...

    Selamat Hari Ibu kak...

    ReplyDelete
  6. Salam kak ida, cantiknya texture muffin ni...sedap!

    ReplyDelete