Tuesday, May 17, 2011

sambal goreng tomato

since dah makan heavy beberapa hari di singapore, semalam kkida masak sangat simple dan ringkas...sayur rebus, ayam goreng ala ayam penyet dan sambal goreng tomato...

apa yang kkida nak share kat sini ialah sambal goreng ni...pada kkida sedaplah...

bahannya
2 biji tomato ranum
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci belacan
2 sudu besar ikan bilis
garam dan gula merah secukupnya
perisa ajinomoto jika suka

caranya
panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng ikan bilis dulu hingga garing, ketepikan...dengan minyak sama goreng bawang-bawang, cili-cili dan tomato hingga wangi...ketepikan...goreng pula belacan sebentar...

sejukkan semua bahan tadi...masukkan kedalam blender, masukkan garam, gula dan perisa dan perahkan sebiji asam limau atau masukkan sedikit air asam jawa...tambah air jika perlu...blend hingga lumat...rasanya mestilah pedas, manis dan masam dan semestinya sedap... ayam tu kkida perapkan guna bahan-bahan seperti ayam penyet...cuma kkida tak rebus dulu dan tak perap semalaman....jadi rasanya taklah seperti rasa ayam penyet...

bahan perap ayam tu ialah;
1 ekor ayam potong 8 bahagian
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam
2 inci halia, tumbuk lumat
2 inci lengkuas, tumbuk lumat
5 ulas bawang putih, tumbuk lumat
garam serta perisa

gaul semua bahan dan perapkan sejam...jika lebih lama lagi sedap....deep fry dalam minyak yang banyak...hidang panas...

5 comments:

  1. asslamualaikum kakida..
    sambal tu nampak sedap.. maklong mesti kena cuba ni..

    ReplyDelete
  2. sambal goreng tomato...!! fes time nengok ni...try test skali

    ReplyDelete
  3. Resepi mudah macam ni yang senang kalau nak dibawa bekal ke pejabat.Saya ni memang hari2 bawa bekal, sarapan dan kadang-kadang bawa bekal untuk lunch juga.banyak jimat :D

    ReplyDelete
  4. salam,
    sambal tu memang sedap...tambah jika cicah dengan timun atau ulam rebus...fuh! mak mertua lalu depan pun memang tak jeling dah....hihi...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...petang ni nak buat sambal tomato gorenglah...nak try suami suka ke tak...harap2lah suka...

    ReplyDelete