Monday, May 2, 2011

rempah biryani dari Dhaka...

setelah 2 minggu berada di bumi Bangladesh, pagi ni anak sulung saya balik kepangkuan mama dan ayahnya...hehe...

eka ke dhaka bersama 35 orang rakan sekuliah dan beberapa orang lecturer dari fakulti senibina selama 14 hari untuk melihat senibina islam negara yang hampir 95% penduduknya adalah beragama islam... apa kehalnya pulak ke bangladeshi, kan banyak negara lain lagi yang boleh dilawati...menurut kakak (eka), itu persetujuan ramai, dah tak tau nak gi mana dah...nak gi negeri cina dan india, dah ada seniors yang pergi, bangkok pula memang tak boleh, takut dengan rusuhan, nak pergi ke negara yang jauh, timur tengah ramai yang tak mampu...mahal belanjanya...kalau ikutkan kakak dia memang nak ajak ke Morocco atau Spain, nak lihat peninggalan sejarah Islam disana...

walau bagaimanapun menurut eka, sebenarnya bangladesh tu taklah teruk sangat, hanya orang kita je yang terlalu under estimate mereka...universiti mereka pun tinggi standardnya...their school of architecture memang hebat...even salah seorang pensyarah mereka yang ikut sama dalam trip ini adalah dari bangladesh...one of the best architect dan pernah mengajar di National University of Singapore...

dan satu lagi yang eka cerita, orang bangladeshi ni sangat suka menerima kedatangan tetamu dari luar, mereka dilayan dengan baik, hingga ada local university student yang jemput mereka makan-makan dirumah...layanan penduduk tempatan memang first class...

nantilah, saya akan cuba uploadkan photo-photo yang sempat anak saya ambil kerana eka memang one of the photographer untuk trip ni...

dan nak tau tak apa dia buah tangan yang anak saya bawa untuk maknya ni....hehe....apa lagi kalau tak benda yang berkaitan dengan makanan....rempah ratuslah....:) dan tengahari ni dengan rasa happy...kerana semua anak ada kat rumah, saya pun buatlah nasi biryani mengguna rempah biryani yang kakak bawa balik dari bangla ni...

saya cuba nak ikut resepi dibelakang kotak rempah ni, tapi tak berapa nak faham apa yang ditulis (dalam bahasa inggeris)...kerana ayatnya berbelit-belit... tetapi, saya cuba juga buat mana yang boleh saya ngerti...:) beginilah lebih kurang caranya ya...marinade dalam 15 potongan ayam dengan 3 sudu besar rempah biryani kotak tu, 10 biji bawang merah kecil (goreng dan blender), 2 ulas bawang putih dan 2 inci halia tumbuk lumat, 5 biji cili hijau dihiris (buang bijinya), 1 cawan sour plain yogurt, daun salam, kulit kayu manis, cengkih, lawang, buah pelaga, garam dan gula....perap 30 minit... panaskan minyak sapi....saya guna electric pan ni...masukkan ayam perapan tadi dan masak 10 minit....kemudian masukkan 2 cawan beras basmati yang telah direndam terlebih dulu...masukkan 1 cawan susu cair dan 2 cawan air....masak sehingga nasi kering... taburkan bawang goreng, daun ketumbar, kismis hitam dan badam...dan beginilah rupanya nasi biryani rempah dari bangladeshi....:)

5 comments:

  1. Assalammualaikum kak Ida, husband saya pernah posting kat bangladesh 5 thn kak...saya sempat tinggal kat sana 1 thn jer byk juga pengalaman kat sana...kaci biryani kat sana memang sedap...w/pun tak ada tempat menarik tapi saya suka shopping baju dan pinggan mangkuk yg murah kat sana.

    ReplyDelete
  2. punyalah cantiknya nasi beriyani KAK IDA masak ni..aduhyaiiii telan air liur saya tengok

    ReplyDelete
  3. Nieza,
    betul tu, anak kakida cakap memang bangladesh ni syurga untuk shopping...barangnya murah, tiada beza antara harga tourist dan orang tempatan sebab negara bangladesh ni bukanlah tourist destination...tapi orangnya ramah dan sangat welcome kedatangan orang luar...

    Ixora...cantik dan sedap tau...hehe...

    ReplyDelete
  4. as slm..tkasih resepi di atas sy nak cuba..tapi guna rempah kita je lah..kk ida boleh tak share cara buat nasi briani..yg sedap..dh buat tp x menjadi..huhu..
    byk dah resepi kak ida sy ikut..semuanya berhasil..mmg umph..terima kasih banyak2..

    ReplyDelete
  5. Ksh resep nya donx.gmn cr msknya.q mau coba....^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...