Monday, May 23, 2011

pandan chicken

nak masak ayam pandan ni kena ada mood....kerana remeh jugalah nak membuatnya...remehnya tang mana tau....tang nak membalut ayam dengan daun pandan...sebabnya daun tu suka nak terlucut (terlepas dari ayam tu)...tapikan aroma daun pandan tu memang syiok betullah...terutama tatkala menggoreng ayam tu...harum semerbak satu dapor dan yang pasti rasanya memang sedap...kalau boleh sekor tu kita nak makan sorang je...hehe... bahan marinade ayam
1 ekor ayam sederhana, potong 12
1/4 cawan santan
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar fish sauce
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili blender
4 ulas bawang putih, pecahkan
2 inci lengkuas, hiris
1 biji lime juice
2 sudu besar air pandan pekat
cili merah/hijau hiris nipis
garam dan gula secukupnya

gaul semua bahan dengan ayam dan perapkan beberapa jam atau semalaman dalam peti sejuk. balut ayam dengan daun pandan dan pinkan dengan penyungkil gigi
panaskan minyak dalam periok dan goreng ayam terendam hingga kekuningan/masak...

7 comments:

  1. best nih...dah ada resepi bolehlah cuba... jgn ada cik las sudah...

    ReplyDelete
  2. sedap nampak ayam tu kak tapi sy ni malaslah bab nak balut2 tu lagi ler klu masa balut tu tak menjadi mula lah naik angin baik beli yg dah siap he..he..

    ReplyDelete
  3. boleh bayangkan macam mana harumnya aroma ayam tu masa Kak Ida goreng..pergghhhhh!

    ReplyDelete
  4. Perghh mengancam tengok juadah Kak Ida ni.. Tq sebab kongsi resepi..

    ReplyDelete
  5. Salam Ida,
    Sedapnyaaaaa, nak seketul...

    ReplyDelete
  6. Akak, mesti coba resepi ne, nampak sodddaaappp :)

    ReplyDelete