Monday, May 9, 2011

no-bake oreo cheese cake

petang ni juga...selain buat cucuq ubi kayu tu, kkida buat oreo cheese cake ni...cheese cake ni tak perlu di bakar (no bake)...

ingat tak hari tu kkida ada share no bake pineapple cheese cake...resepinya exactly camtu...cuma instead of buah nanas, kkida gantikan dengan oreo cookies...basenya tu kkida guna chocolate digestive biscuits (small package)...kisar dan kemudian tambahkan butter cair...tekan dalam bekas kek yang comel dan kemudian sejukkan...resepi untuk fillingnya ikut resepi yang kkida mentioned kat atas tadi tu ya...

ni saje je kkida nak share satu kisah yang kkida anggap so sweet dan lucu jugalah...

petang tadi masa kkida tengah buat cheese cake ni, kakak (eka) yang baru balik dari UIA cakap...

"mama tadi masa kakak kat kedai kat UIA ada sorang kakak yang kerja kat situ tegur kakak (eka)"

kakak tu..."eh awak ni eka ya?"
eka..."ye..."
kakak tu..."awak ni ke yang pergi bangladesh tu?"
eka..."ye..."
kakak tu..."eh! mak awak ke yang blog 1001resepi tu?"
eka..."ye..."
kakak tu..."eh! saya follow blog mak awak tau...suka tengok resepi kat blog tu...dan saya perasan muka awak"

dalam nada yang agak teruja...(ekalah yang cakap...)

saya senyum dan gelak happy...pada tanggapan saya pasti yang menegur eka tu pembaca tegar 1001resepi kerana dia boleh cam muka kakak melalui blog ni...:)
terima kasih kepada anda yang tegur anak saya eka semalam tu ya...tanpa follower dan pembaca seperti anda rasanya macam letih je saya menulis blog ini...:D

walau bagaimanapun janganlah ada yang salah anggap ya (buruk sangka)...kkida ni langsung tidak ada perasaan bangga dan bermegah-megah...itu bukan sikap saya...takda paedahnya nak megah kerana berblog ni...banyak lagi benda lain kalau nak megah...

I just feel so sweet and happy coz orang boleh mengingati my blog up to that extend (kerana terdapat jutaan blog...terutama cooking blog)...kerana kita ni bukanlah orang popular dan selebriti...jadi bila tetiba someone mention about your work and your blog out of nowhere, for me its really awesome...:)

8 comments:

  1. Assalamulaikum Kak Ida

    resipi yang simple, kalau tak bakar pun bole menjadi gak kek kan kak ida. InsyaAllah..bolehlah cuba ni, tr kasih kak ida ct mintak halal akan cuba resipi ni ya :DD

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak, tapi part cream tu yang tak tahan tu, allergi, sebab badan dah mula makin menggebu :)

    ReplyDelete
  3. salam ida..memang sedap resepi nih..mokwo dah cuba yg dengan pineapple tuh dulu..tapi tak dan nak snap dah habeh!! memang semua penggemar tegar cheese cake ..bake or no bake , tak sampai satu hari mesti dah finish!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..sebb blog 1001 resepi ni boleh memberi faedah dan manfaat kepada orang lain..banyak jugak resepi dan ilmu yg telah mokwo timba di sini..tq kida!

    ReplyDelete
  5. ida...sedapnye npk sambal jering kt bwh tu..dh lama x makan..arwah mak suka masak ni.

    ReplyDelete
  6. sedapnye....nt nak try buat jg la.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...