Friday, May 27, 2011

nasi ayam 1001resepi...

salam,
hari ni kkida terlebih rajin...jadi kkida pun buat le nasi ayam ni...hehe...

nasi ayam ni kkida buat ikut cara sendiri je...takdalah ikut mana-mana resepi...tulah kkida namakannya nasi ayam 1001resepi...

nantilah jap lagi kkida share resepinya ye....dah kul 2 ni...:) ok, ni baru kkida nak sambung eh!

mula-mula kita proses ayam dulu...

untuk resepi ni kkida guna seekor setengah ayam...hanya belah dua sahaja, bersihkan dan rebus...kuantiti air hingga menutupi ayam...ketuk halia sebesar ibu jari dan sesudu teh garam...biar air mendidih 5 minit kemudian renihkan dengan api perlahan selama 10 minit...tutup api...

keluarkan ayam...lumurkan dengan kicap cair, garam dan serbuk lada putih...susun dalam baking tray dan gril dalam oven 25 minit, pusingkan ayam dan gril lagi 20 minit atau hingga ayam masak... sekarang kita masak nasinya pula...

basuh dan toskan 2 cawan beras basmati...
hiris sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia...

panaskan 3 sudu besar minyak di campur dengan 1 sudu besar minyak bijan...
masukkan bahan hirisan tadi dan goreng hingga layu, tapi tak kuning...masukkan beras dan goreng dalam 5 minit...
masukkan beras goreng kedalam periok eletrik, masukkan 3.5 cawan air rebusan ayam tadi, sehelai daun pandan, garam, perisa, kunyit serbuk, serbuk lada sulah...masak seperti biasa...bila nasi telah kering gaul supaya nasi seroi supnya kkida guna lebihan air rebusan tadi...masukkan hirisan carrot dan celeri, cube atau perisa, tambahkan air jika perlu...renihkan perlahan-lahan...taburkan daun sup dan bawang goreng...sup mesti hidang panas baru sedap...

untuk sambal cili...saya kisar 4 biji cili merah, 6 ulas bawang putih...masukkan kedalam periok kecil, tambahkan 1 sudu besar cili blender, cuka, gula, garam, dan perisa...tambahkan air dan kemudian rebus hingga sambal pekat...rasanya mesti masam dan manis... untuk kicap ni...campurkan kicap pekat manis, kicap cair, minyak bijan dan lada putih sebuk...

5 comments:

  1. saya suka makan ayam kepada nasi ayam tu...

    ReplyDelete
  2. baca entry nasi ayam 1001 resepi ni masa perut tengah keroncong..sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  3. terus lapar tgk nasik ayam ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. hi hi hi nak cubalah nasi aym nie... harap2 3 pirate of the carribeanku suka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...