Saturday, May 7, 2011

meehoon goreng dengan sosej


meehoon goreng dengan sosej kerana tiada perencah lain...hehe...buka peti sejuk tengok ada sayur cet sana cet sini (maknanya ada sikit-sikit)...bolehlah kalau nak campur dalam meehoon goreng...togeh sikit, kobis sikit, carrot sikit dan sawi sikit...buka pula freezer nak cari daging atau isi ayam...takda...udang pun takda...yang ada cuma kerang...last-last keluarkan sosej, defrost dan hiris nipis...dan akhirnya jadilah meehoon goreng kkida yang serba sikit bahannya ni...

...kkida suka guna lebih bawang putih...jika tak guna cili padi kkida akan masukkan cili blender...kkida suka rasa pedas, kalau tak memang tak sedaplah pada tekak kkida ni...selain tu kkida suka juga letak udang kering tumbuk...jika rajin goreng dulu udang kering tu, baru tumbuk...selain udang kering udang kepal/gragau pun sedap campur dalam meehoon...untuk perisanya selain garam dan gula kkida suka letak kiub atau sos ikan, sos tiram, sos lada hitam, sos cili...

perencahnya macam-macam boleh...begitu juga sayuran...jika suka masam tambahlah cuka atau asam limau sikit...

1 comment: