Thursday, May 12, 2011

dua hidangan kurma...

salam,
hari ni kkida masak dua juadah yang bernama kurma...
yang atas tu kurma ayam....pasti semua orang tahu kan camna nak buat gulai kurma...:) dan yang bawah ni memang sedap....kek kurma berkelapa...
walau bagaimanapun, kkida tak dapat log in to my blog since tengahari tadi kerana google update something...malam ni baru boleh buka blog dan nilah baru kkida nak upload photo dan resepi...
ini ada satu pengumuman yang sangat penting buat my blog readers yang setia menjengah blog kkida ni setiap hari...:)...tomorrow hingga sunday kkida tak bersiaran ya...kkida nak merambu-ramba dengan famili ke selatan tanah air...hehe...

dari bulan januari lagi anak-anak kkida ni dok sebut nak gi Universal Studio Singapore, nilah baru ada kesempatan...bukannya apa...masing-masing punya time table clash sana-sini....sorang ok, sorang lagi tak ok...last-last kkida ajak pergi jugalah esok...ponteng sekolah le jawabnya si aiman dan atmam...

tapi tak ngapalah, bak kata adik kkida...tak bodohlah anak aku setakat ponteng sekolah 2, 3 hari tu...hehe...betul gak tu...:)

kalau ikutkan kkida ni mana ada seronoknya nak gi USS tu...bukannya kkida nak boleh enjoy naik itu ini...kita ni penakut dan gayat...memang bebudak jelah yang seronok...kalau muda lagi takpalah...

sebenarnya hubby n kkida ni rajin jugalah melayan kehendak bebudak 5 orang ni, bawa depa pegi tempat-tempat macam ni...dah pernah bawa depa pergi Euro Disneyland Paris, Hong Kong Disneyland, Legoland London, Movie World and Sea World, Gold Coast...dan nilah pertama kali nak tengok macam mana pula rupanya Universal Studio...tak dapat gi USA...USS pun jadilah...:)

tahun depan Legoland akan di buka di Nusajaya, Johor...rasanya cuma ada 6 sahaja lokasi Legoland di dunia dan hopefully Legoland Malaysia ni mampu bertahan yek! jangan hangat-hangat tahi ayam je dahlah...taman tema Legoland ni memang unik, seperti Legoland di UK yang kkida pernah sampai...terdapat beratus-ratus model bangunan di seluruh dunia di bina menggunakan Lego...rasa macam kagum tengok betapa detailnya bagunan-bangunan tersebut di buat...memang kreatiflah tukang binanya....
melalut pula kkida ni bersembang...oklah ni resepi kek kurma yang sedap ni...

bahan
1 cawan kurma, dicincang
1/2 cawan air mendidih
(campur kedua-dua bahan diatas dan biarkan 15 minit)

125g butter
1/2 cawan gula kastor
(pukul hingga kembang)

1 biji telur
2/3 cawan tepung self-raising (ayak)
1/4 cawan kelapa kering

masukkan telur kedalam bancuhan butter dan gula dan gaul rata
kemudian masukkan self-raising flour dan kelapa....gaul rata
akhir sekali masukkan campuran kurma dan air
gaul rata dan bakar dalam preheated oven 180C selama 35 ke 40 minit.

6 comments:

  1. tak tahan tengok kek Kak Ida tu.sedapnya nampak..ni bukan memancing rasa lagi namanya,ni dah macam memukat harimau selera!istimewanya masakan2 Kak Ida ni

    ReplyDelete
  2. looks super good!

    Great blog

    ReplyDelete
  3. phew! kek tu memang sedap ixora...kena cuba buat tau...

    apple...thank you...

    ReplyDelete
  4. Wow!telan air liur saya baca destinasi yang pernah Kak Ida kunjungi.Tak mampu saya..Happy holiday Kak Ida

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti juga dari maklong..
    tumpang gembira.. nak pergi.. tak merasa rasanya.. :D

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kecik2, saya ingatkan ayam masak kurma tu ada kurma kat dalam dia. Tu lah, dah nama kurma mesti ada kurma la kan? .... ;)

    ReplyDelete