pagi yang ceria kerana seminggu ni sekolah bercuti....tapi anak kkida yang kecil sekali tu sekolah hari ni....ada sekolah tambahan dari semalam hingga selasa ni...al-maklumlah sekolah SKTTDI(1) tukan antara sekolah berprestasi tinggi di Malaysia ni...jadi pihak sekolah terutama pengetua dan guru-guru memang bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat jumlah kelulusan dan straight A yang maksima dalam peperiksaan UPSR...bertuahlah anak-anak murid yang berada dibawah jagaan cikgu nik nab (guru besar)...beliau seorang pengetua yang sangat dedikasi dan sangat bertanggung jawab...
pagi ni kkida buat muffin vanilla ni...kkida guna pure vanilla brand McCormick...memang sedap baunya...dan kkida campurkan glace cherry untuk cantikkan muffin tersebut...
bahan-bahannya
1/2 cawan butter
2/3 cawan gula
3 biji telur besar
1 sudu teh pure vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan susu full cream
1/2 cawan glace cherry, chopped
method
pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji dan gaul rata, masukkan vanilla diikuti dengan tepung (ayak tepung dengan baking powder dan garam) berselang seli dengan susu...akhir sekali masukkan cherry dan gaul sebati (do not over mix)...sudukan kedalam paper muffin cup dan taburkan almond jika suka...
bakar pada suhu 180C selama 17 ke 20 minit...
bestnyer mapin
ReplyDeleteakak...akhirnya arini sy g jaya grocer utk cari cannelonni but i ended up with 3 others pasta.x sabar nk masak ni
ReplyDeletewah! 3 jenis pasta Intan...hehe...nak masak pasta camna tu?
ReplyDeleteadoiiii sedapnya nampak, tengok resepi akak tu macam mudah, nak cuba juga 1 hari nanti
ReplyDeleteSalam kak ida, pure vanilla extract mccormick tu beli kat mane yer?
ReplyDeleteazee,
ReplyDeletekkdia beli kat jaya grocer...tapi kat kedai jual barang kek pun mesti
ada...