Sunday, May 22, 2011

breadcrumb sosej

salah satu cara nak makan sosej....kalau boring makan kosong camtu je...resepi ni kkida dapat dari internet... tepung gandum biasa campurkan dengan garam dan sebuk lada sikit...sosej tu rebus dulu hingga lembut....kalau ikut resepi asalnya, selepas rebus kena siat kulit sosej tu...tinggalkan isinya saja...tapi kkida nak cuba siat kulit sosej ni tak boleh, nipis sangat....mungkin ada jenis-jenis kulit sosej yang boleh dikoyakkan... caranya, celup dengan tepung gandum, celup ke dalam telur, kemudian celup ke tepung semula dan celup ke telur (2 kali berulang-ulang) kemuduan gaulkan ke dalam breadcrumb....breadcrumd ni kkida campurkan dengan parseley flakes dan sedikit serbuk keju parmesan.....pastikan serbuk roti tu melekat betul....tekan-tekankan... saute dalam minyak yang sedikit je (bukan goreng terendam) hingga kekuningan....hidang dengan sos....sosej macam ni sesuai untuk majlis birthday kanak-kanak...boleh buat guna baby sosej yang comel-comel tu atau potong sosej ni pendek-pendek dan cucuk pada penyungkil gigi...mungkin boleh tambahkan buah nanas tin, cheese cube, steam carrot, dan sebagainya supaya nampak ceria sikit...

btw, malam tadi jam 11.30 kkida dapat captured facebook 1001resepi page ni....kkida dapati jarak antara 150,000 dan 160,000 mengambil masa kurang sebulan.....thank you kepada anda yang likes fb ni...kini penantian seterusnya adalah ke nombor 170,000 in three weeks time dan hopefully fb 1001resepi akan mencecah 200,000 likes sebelum raya aidil fitri penghujung august nanti.....Insyaallah...

4 comments:

  1. wow!ramainya fan Kak Ida..bestnya!lawo jadinya sosej tu eikk..boleh cuba ni sebab bebudak kat rumah memang suka sangat sosej

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal dari saya, Cendana Kasih- jumpa website ni dari Fb jugak..

    .. mintak izin copy link yer , untuk cari idea nk masak2...

    ReplyDelete
  3. wooowww sedap mmg sedap! ingatkan salut roti td..tp hanya sosej saja..thankx kkida, nnti lin nak cuba plk....:)

    ReplyDelete
  4. salam kak ida,
    saya dah cuba resepi breadcrumb sosej ni untuk bekal baby saya ke nursery.. cuma tak letak serbuk parmesan (takde stok di rumah).. kita rasa sikitla, memang best!
    lain kali masak, saya buat review di blog yek.
    Thanks for the idea. Kekadang buntu jugak nak masak apa untuk dia hihi..

    ReplyDelete