Tuesday, May 3, 2011

blueberry muffin with cinnamon crumbles

sebenarnya lama juga kakida teringin nak buat blueberry muffin ni (tak ingat samada kakida pernah buat muffin blueberry ke tidak sebelum ni)...

buah blueberry adalah sangat sinonim dengan muffin/kek dan ramai juga kakida tengok bloggers yang dah buat muffin guna buah ni....nampak sedap...

so, petang tadi tatkala kakida makan angin di cold storage, kakida pun grablah satu package buah ni...bahan lain semua ada kat rumah...

balik rumah kakida pun mencari-carilah resepi muffin blueberry dari beberapa website yang boleh dipercayai dan setelah meneliti dua tiga resepi dan komen-komen dari para pengunjung akhirnya kakida end-up dengan this recipe yang memang berbaloi sangatlah membuatnya...sedap...:) one of the best muffin yang pernah kakida buat...yummy!

resepi ni dah di ubah suai mengikut citarasa kakida...

bahan-bahannya
1 1/2 cawan tepung serbaguna (kakida guna tepung pastry)
3/4 cawan gula (kakida hanya letak 1/2 cawan je...)
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil baking powder

ayak tepung dan baking powder kedalam mangkuk....masukkan garam dan gula...gaul sebati...

1 biji telur
1/3 cawan vegetable oil
1/3 cawan susu (kakida guna buttermilk)
(campurkan minyak dan telur dalam bekas berukuran satu cawan...kemudian tuangkan susu atau buttermilk sehingga jumlah liquid menjadi ngam satu cawan)...

1 cawan blueberry...

perlahan-lahan tuangkan campuran susu, telur dan minyak kedalam bahan kering dan gaul perlahan asalkan semua bahan kering dan cairan bergaul rata...masukkan buah blueberry...gaul...

sudukan kek batter kedalam muffin pan/cup yang telah di lenserkan dengan minyak/butter, isi hingga hampir penuh dan kemudian taburkan topping atasnya...bakar pada suhu 200C selama 25 minit....(reheated oven)

bahan crumble
1/2 cawan brown sugar
1/3 cawan tepung (tepung ni mungkin kena tambah sikit lagi kerana kurang crumblenya)
1/4 cawan butter, cubed (atau kurangkan jumlah butter ni i/o tepung)
1 sudu besar cinnamon powder
(gaul semua bahan rata)

jika tak nak letak crumble/topping atas kek ni, jangan kurangkan kuantiti gula...(3/4 cawan-jangan kurangkan)

9 comments:

  1. cicah dengan teh o kosong muffin KAK IDA ni, perghhhh!Muffin ni kalau dibeli di bakery punyalah mahal, dah nak makan, saya beli jugalah :)

    ReplyDelete
  2. senang sangat buat ixora...jangan beli...rogi....:)

    ReplyDelete
  3. wahhh kak..sedappnya tengok mapin tu....

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum kak ida

    CT memang suka buah blueberry. kalau buat kek pun sedap gak letak ni kan kak. mengiurkan tengok muffin ni.

    ReplyDelete
  5. mengancam sungguh...ada masa nti mesti saya try resepi ni...

    kak, buah tu guna yg fresh ker?

    ReplyDelete
  6. Mas, CT...sedap...senang je bancuhannya...cubalah...

    Izan,
    itu buah blueberry fresh...kalau takda yang fresh, frozen pun ok...

    ReplyDelete
  7. kak ida, ini recipee untuk berape piece kek??

    ReplyDelete
  8. oliver,
    kkida buat besar, jadi dapat 6 biji je...


    NBK,
    nyampah...meleleh ayaq lioq...hehe...

    ReplyDelete