Tuesday, May 17, 2011

betty's triple chunk choc brownie

sekali sekala jika ada jalan pendek untuk sediakan apa-apa kudapan, apa salahnya kita take advantage kan...hehe....kkida ni memang sukalah jalan shortcut ni kalau ada peluang.....

masa kat MC Singapore that day...masa mata dok meleret memerhati rak-rak instant mix product...kkida ternampaklah betty crocker product ni....sebenarnya kat cold storage dan jaya grocer pun ada...tapi since dah depan mata tu kkida pun ambiklah 2, 3 kotak...saja jangan tak beli apa-apa kata orang tu...harganya lebih kurang sama je dengan KL lepas convert to RM....

actually, chocolate brownie ni senang je nak buat jika tak guna instant mix ni pun....antara rajin dengan malas nak menimbang dan mengayak tepung tu je...hehe..dan tengahari tadi kkida pun cubalah buat chocolate brownie betty ni....hanya tambahkan air, minyak dan telur sahaja dan kkida tambah sikit chop macadamia nuts supaya ada rasa crunchy sikit...(macadamia nut ni pun kkida beli dari MC) mix all the ingredients dan tuang dalam dulang bakar yang dialas dengan baking paper....tak perlu gris....bakar selama 35 minit...keluarkan dari oven sejukkan dan potong empat segi...hmmm...dah siap choco brownies yang chewy dan sedap...

9 comments:

  1. Telan airliur saya tengok brownies Kak Ida ni..mencuba resepi ni jadi sedikit mudahkan kalau tahu bahan2 instant macam Kak Ida cakap ni..yang pentingnya mesti ada ilmu..banyak ilmu telah Kak Ida manfaatkan di sini

    ReplyDelete
  2. Ida...kak cek pun pernah try brownies readymik betty crocker ni....memang sedappppp...bebaloi2 membelinya...tak rugilah....:)

    ReplyDelete
  3. ixora...banyak bahan ready made yg berkualiti yang memudahkan kerja kita...cuma kena tau je yang mana nak pilih...

    cik cek...mahal sikit takpa asalkan sedap kan...satu lagi brand yang bagus ialah duncan hines...yg tu pun sedap brownie dan kek mixnya..

    ReplyDelete
  4. nampak sedap la kkida,bahan dier tu ader ker kat msia kkida.

    ReplyDelete
  5. ada siti, tapi kena carilah...kat cold storage, carrefour mungkin ada...

    ReplyDelete
  6. kak ida.. nmpak sedap n senang.. nk try buat la, next week birthdy my lil princess...

    ReplyDelete
  7. sm,
    sedap dan senang buatnya...happy birthday to your lil princess...:)

    ReplyDelete
  8. klu nk tmbh nuts..kene bakar dlu ke nuts tu?..

    ReplyDelete
  9. sepanjang pengalaman saya, produk premix betty crocker memang tak mengecewakan..dan sangat mudah..hehehhe

    ReplyDelete