Thursday, May 26, 2011

kurma sotong

salam,
lewat kkida bersiaran hari ni...hehe...sebenarnya lepas masak lunch tadi kkdia gi pejabat imigresen damansara...renew pasport...pp kkida dah nak due hujung tahun ni...lamalah juga lagi ada lebih enam bulan...tapi jika nak buat booking kemana-mana susahlah sikit terutama jika nak kena booking awal dan tarikh travelnya lambat lagi...

airasia tengah rancak buat sale sekarang ni...dan memang kkida pun dok tinjau-tinjau jugalah website airasia tu...ada gaklah yang berkenan....tapi tulah...semua masa perjalanannya bercanggah dengan time table ahli-ahli rumah ni...ada yang boleh ada yang tak boleh...nampaknya terpaksalah kkida pejamkan mata dan book aje mana yang suka...dan terpaksalah tinggal mana yang tak boleh nak ikut...sorry yek! biorlah mama and ayah je yang gi makan angin tumpang mama larat angkat kaki lagi ni...korang semua masih muda belia...banyak lagi masa...next time jika ada rezki pergilah ke mana suka...

actually kkida teringin gak nak gi Perth, Australia...kkida tengok ramai juga orang gi makan angin ke sana...dan kosnya tak lah mahal sangat kalau pekej pun....tapi bila kkida cakap kat hubby dia kata apa seronoknya gi Perth tu...ulu Australia..(kkida dah pernah sampai Sydney, Melbourne dan Gold Coast)...

kkida harap kenkawan kat Perth jangan marah ya dengan statement hubby kkida tu...sebenarnya negeri orang putih tu jauh lebih maju dari Malaysia ni...pandai jelah my dh tu kata ulu...pada kkida ulu pun tak ngapalah...bukannya kita pernah sampai lagi ke situ...berlambak orang melayu kat sanakan! mesjid pun ada...

ada tak orang Perth yang ikut blog kkida ni...kalau ada ceritalah sikit kat kkida ni...apa tarikan Perth tu...ada ke tempat-tempat menarik sebagai destinasi pelancungan selain tengok kangaroo dan koala yang memang sudah pasti ada dalam travel itenari jika ke Aussie...hehe...

kkida ingat kalau my dh tak minat nak gi ke Perth, kkida nak gi sendirilah....jomlah sapa-sapa nak ikut...kita buat rombongan cik kiah ke Perth nak...:) hehe...serius ni... btw, hari ni kkida buat kurma sotong, memang peliklah sikit...tapi kkida pasti ada yang pernah buat kurma sotong ni....cara dan bahannya sama macam kurma ayam dan daging (ada resepinya di blog ni, kena cari ya)

selain tu kkida buat sambal ikan bilis, potato chips dan kacang tanah goreng...
sambalnya tu biar betul-betul kering dan manis sikit...

3 comments:

  1. saya tak pernah buat kurma sotong..boleh cuba ni sebab saya memang suka sotong, kalau sotong ada kawan suka makan, anak bujang tu :D

    ReplyDelete
  2. as salam. pergi la Perth. True what ur husband say if compare to other partof Australia. Better than here.
    Btw, scenery cantik especially kalau p Fremantle sekali

    ReplyDelete
  3. herlyna,
    you tinggal di perth ke?
    insyaallah saya akan ke sana satu hari nanti...thank you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...