Tuesday, May 31, 2011

dinner malam ni...

salam,
hari ni kkida agak sibuk...pagi-pagi lagi gi office hubby ada kerja sikit...lepas tu gi breakfast...today kkida tak masak lunch...sibuk mengemas my house villa maarof...actually villa maarof tu macam townhouse je...dua lapis...atas bawah lain-lain entrance...atas 3 bilik dan bawah ada 2 bilik...kkida jadikan rumah tu macam homestay...sewa harian...

lokasinya ok jugalah...tak jauh dari KL...so far yang ramai sewa kat situ adalah keluarga-keluarga bakal pengantin...ada sejauh Perlis dan Kelantan yang pernah sewa kat Villa tu...

minngu ni kkida ada tamu lagi, cuti sekolah biasalah...musim orang naik pelamin...:)...tulah yang sibuk mengemas tu...maklumlah rumah tinggal...berabuk sana-sini... oklah...since tak masak lunch, kkida pun rajinlah masak untuk dinner...lapaq juga perut ni kalau tak makan proper lunch...

tapi masakan kkida ni masakan biasa-biasa je...masakan yang dah nak dekat 15 kali kkida tayang kat blog ni...hehe...jangan boringlah ye...

atas tu lamb chop stir fry...goreng-goreng dengan bawang, kicap, sos tiram dan sos tomato...sebelum tu kkida rebus dulu supaya empuk sikit...bawah ni pulak makanan ruji kkida...hehe...karilah apa lagi...kari ikan senangin...cicah dengan roti benggali pun sodap nih! yang bawah ni pula, maid kkida terlebih rajin, dia gi kutip keladi lambuk kat semak depan rumah tu...maka jadilah masak lemak keladi lambuk dengan cendawan...masakan yang ni pun dah nak dekat 15 kali kkida tayang kat blog nih...:) Insyaallah esok, kkida nak pi penang...yang ni plan bidan terjun sebenarnya...mula-mula ingat nak gi trengganu...pastu tukar ke penang, pastu balik ke trengganu...

ahad lepas, sepupu my hubby, Ja ajak kami pi penang...ke kampung nelayan, depa nak gi makan fresh seafood...depa ada sedara mara yang tinggal kat situ...seorang nelayan...

wah! bestnye makan seafood yang baru naik dari laut...bakar dan cicah dengan air asam...yummy!...pernah beberapa kali saudara hubby ni ajak kami datang ke tempat dia kat kampung nelayan tu...setiap kali terserempak kat BM, mesti dia ajak...tapi kami memang tak berkesempatan...since my MIL tak lagi duduk di BM...kami memang jarang balik ke penang...

berbalik kepada cerita asal tadi...dalam perancangannya, Ja nak ajak kkida sekeluarga naik bot besar ke sebuah pulau yang cantik pantainya yang terletak ke selatan pulau pinang...pulau apa ntah...tapi bukan pulau jerejak ye...hehe...Ja kata mat saleh pun ramai yang suka gi ke pulau tu...

oleh kerana ramai mat saleh yang suka pergi ke pulau tu, rugilah pulak kalau kkida tak nak ikut depa pergi ke situ...:)...orang putih usaha datang jauh-jauh naik kapal terbang kerana nak enjoy beautiful landskap and greens kat malaysia ni...ni kita yang memang asal orang sini tak pernah nak jejakkan kaki ketempat-tempat macam ni...

btw...satu kemushkilan kkida ni adalah...kkida memang fobia kalau tengok air dalam...takut sebab tak pandai berenang....itulah masalahnya...

petang tadi baru sempat booking hotel...nasib baiklah penang tu banyak hotel...jadi masih banyaklah lagi pilihannya walaupun book last minute...kkida booking vistana hotel, jalan bukit gambir since nak dekat ke arah kampung nelayan...sebelum ni kalau gi pulau pinang kkida suka tidur area batu feringgi...my cousin ja pula akan datang dari parit buntar rumah parents dia...

hai panjang lebarlah pula kkida bersembang...orang tak tanya pun....kita sebok dok bercerita...hehe....

oklah bye...esok kkida tak bersiaran yek...mungkin sabtu kot...tapi mungkin tak juga sebab sabtu tu ada kenduri kahwin kat pekan, pahang...ahad pula ada 2,3 kenduri lagi...nak kena gi sebab orang dah ajak...tak baik kalau sengaja tak pegi...kesian tuan rumah yang jemput kita tu...kecualilah jika ada keuzuran...

Sunday, May 29, 2011

grill tortilla with chicken gravy filling

selain vanilla cherry muffin kkida buat gril tortilla ni...

senang je cara nak buatnya...mula-mula buat chicken gravy dulu...macam buat pasta gravy...ada banyak resepi untuk pasta sos dalam blog ini...kkida guna mince chicken brand ramli, tesco hot pasta sauce, chopped onion dan chopped carrot... sapukan mayonnaise pada tortilla bread, kemudian letakkan sos gravy...lipat kedua-dua belah roti tortilla (kiri kanan - lipat 3) dan susun dalam baking dish...terdapat 5 keping roti tortilla dalam satu peket (ada banyak jual kat tesco), jika tak boleh nak susun sederet satu layer, letakkan bertindih pun ok...jika terdapat lebih gravy tuangkan atas tortilla (atas sekali) sebelum di tabur dengan mozarella cheese... bakar dalam oven selama 5 ke 10 minit pada 180C... rupanya dah seperti lasagna...dan rasanya memang sedap...mengenyangkan...:)

note: jika tak faham macam mana kkida lipat roti ni...jangan susah hati...susun je layer by layer roti-roti tu...spread gravy pada setiap layer dan kalau suka taburkan juga cheese atas gravy pada setiap layer...bakar macam biasa...

cherry vanilla cup cake

salam pagi ahad,
pagi yang ceria kerana seminggu ni sekolah bercuti....tapi anak kkida yang kecil sekali tu sekolah hari ni....ada sekolah tambahan dari semalam hingga selasa ni...al-maklumlah sekolah SKTTDI(1) tukan antara sekolah berprestasi tinggi di Malaysia ni...jadi pihak sekolah terutama pengetua dan guru-guru memang bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat jumlah kelulusan dan straight A yang maksima dalam peperiksaan UPSR...bertuahlah anak-anak murid yang berada dibawah jagaan cikgu nik nab (guru besar)...beliau seorang pengetua yang sangat dedikasi dan sangat bertanggung jawab...

hari ni kkida ada dua kenduri yang mesti di hadiri...tapi masak tetap masak...ada yang tak nak ikut makan kenduri...biasalah bila dah besar panjang masing-masing ada jadual tersendiri...hani akan balik ke tapah tengahari ni...dia nak drive sendiri...sebenarnya sesak juga dada ni nak biarkan dia drive seorang...tapi tulah...sampai bila nak berantar berambik...nak ikutkan, lama dia akan belajar kat UiTM tapah tu, bertahun (jika dia nak terus tamatkan hingga degree disitu)...jika tak biasakan memandu sendiri sampai bila pun tak boleh...

pagi ni kkida buat muffin vanilla ni...kkida guna pure vanilla brand McCormick...memang sedap baunya...dan kkida campurkan glace cherry untuk cantikkan muffin tersebut...

bahan-bahannya
1/2 cawan butter
2/3 cawan gula
3 biji telur besar
1 sudu teh pure vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan susu full cream
1/2 cawan glace cherry, chopped

method
pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji dan gaul rata, masukkan vanilla diikuti dengan tepung (ayak tepung dengan baking powder dan garam) berselang seli dengan susu...akhir sekali masukkan cherry dan gaul sebati (do not over mix)...sudukan kedalam paper muffin cup dan taburkan almond jika suka...
bakar pada suhu 180C selama 17 ke 20 minit...

Saturday, May 28, 2011

tempoyak patin

salam,
pagi tadi masa kat tesco kkida nampak ikan patin ni banyak dan fresh jugalah...memang kat tesco ni banyak jual ikan patin, maknanyakan pada pandangan kkida mesti ramai orang yang tinggal sekeliling tesco ni suka makan ikan patin...

sesungguhnya selama hari ni tak pernah tergerak langsung di hati kkida ni nak menyentuh apatah lagi nak membeli ikan patin kat tesco ni...tapi pagi tadi masa tengah dok pilih-pilih ikan maid kkida kata..."buk itu ikan macam dalam kolam di rumah ya buk"
kkida pun pandanglah ikan yang di maksudkan oleh maid kkida tu...hmmm ikan patin rupanya...dan jawab...
"ha ah...itu ikan patin namanya...yang kat rumah tu dah besar sangat...dah 2,3 tahun umurnya, memang tak lalu saya nak makan"

tapi entah macam mana, tangan kkida ni tariklah keluar sekor dua dari dalam ais tu...tengok insangnya masih berlendir dan merah lagi...wah, fresh juga ikan ni....sedap nih jika masak gulai tempoyak, tadi nampak ada tempoyak kat freezer tempat sayur tu...

lalu kkida pun ambiklah seekor yang sederhana saiznya, timbang dan masukkan ke dalam troley, then kkida suruh maid gi ambik tempoyak kat tempat sayur tu sebungkus...

balik rumah suruh dia (maid) bersihkan betul-betul, mandikan ikan tu dengna asam limau dan sebagainya...potong-potong...akhirnya jadilah gulai tempoyak ikan patin versi kkida...hehe

wah! panjang juga kkida reka cerita mengenai ikan patin ni kan...btw, sebenarnya memang kkida dan famili suka jugalah makan gulai tempoyak ikan patin ni...cuma tak berapa lalu nak makan ikan patin yang jual kat tesco atau mana-mana kedai ni kerana ingatkan ini patin bela...

biasalah ikan kalau dibela, terutama ikan patin ni makanannya ikut dan je...perut ayam, hampas dan saknika benda di jamu ke ikan tu...kekadang kalau ingat kembang jugalah tekak ni...tapi sekali sekala tak ngapalah kan... resepi ikan patin kkida macam ni...

kkida tumbuk cili merah, cili padi merah, kunyit hidup, bawang merah (kuantiti kena agaklah ye)...masukkan dalam periok, ketuk 2 batang serai juga masukkan kedalam periok...tambahkan air dan tempoyak...hidupkan api dan biar ia mendidih dalam 5,6 minit...tambah air jika perlu...masukkan ikan, timun atau bendi, daun kunyit, daun kesum, perisa, garam dan gula...biar mendidih hingga ikan masak...hidang panas...sedap....

hani made yummy fish sandwich...

my girls know how to cook...samada eka or hani...dua-dua pun boleh diharapkan jika saya suruh sediakan meal yang sesuai dengan selera dan imaginasi mereka...tapi makanan orang putih lah....bukanlah curry atau gulai tempoyak....hehe

this morning lepas balik dari tesco hani buat sandwich ni...simple, creative and definitely yummy...i love the flavour...and bread texture yang crunchy...mungkin sebab disapu minyak zaitun dan di grill perlahan atas stove...

ingredientsnya mudah je...
fish nugget, fried
cheese slice
tomato, chopped
dry parseley and dill
tartar sos, thousand island sos and mayonnaise
olive oil selepas goreng, pecah-pecahkan nugget...mix with tartar and thousand island, tomato, shredded cheese and dry herbs...
sapukan mayonnaise pada roti (one side) letakkan filling diatas dan tutup dengan roti sekeping lagi (sapu mayonnaise juga)
sapukan minyak zaitun pada bahagian luar kedua-dua belah roti dan gril hingga kekuningan (atas gril pan)... jika suka anda boleh tambahlah salad atau lain-lain bahan...

Friday, May 27, 2011

nasi ayam 1001resepi...

salam,
hari ni kkida terlebih rajin...jadi kkida pun buat le nasi ayam ni...hehe...

nasi ayam ni kkida buat ikut cara sendiri je...takdalah ikut mana-mana resepi...tulah kkida namakannya nasi ayam 1001resepi...

nantilah jap lagi kkida share resepinya ye....dah kul 2 ni...:) ok, ni baru kkida nak sambung eh!

mula-mula kita proses ayam dulu...

untuk resepi ni kkida guna seekor setengah ayam...hanya belah dua sahaja, bersihkan dan rebus...kuantiti air hingga menutupi ayam...ketuk halia sebesar ibu jari dan sesudu teh garam...biar air mendidih 5 minit kemudian renihkan dengan api perlahan selama 10 minit...tutup api...

keluarkan ayam...lumurkan dengan kicap cair, garam dan serbuk lada putih...susun dalam baking tray dan gril dalam oven 25 minit, pusingkan ayam dan gril lagi 20 minit atau hingga ayam masak... sekarang kita masak nasinya pula...

basuh dan toskan 2 cawan beras basmati...
hiris sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia...

panaskan 3 sudu besar minyak di campur dengan 1 sudu besar minyak bijan...
masukkan bahan hirisan tadi dan goreng hingga layu, tapi tak kuning...masukkan beras dan goreng dalam 5 minit...
masukkan beras goreng kedalam periok eletrik, masukkan 3.5 cawan air rebusan ayam tadi, sehelai daun pandan, garam, perisa, kunyit serbuk, serbuk lada sulah...masak seperti biasa...bila nasi telah kering gaul supaya nasi seroi supnya kkida guna lebihan air rebusan tadi...masukkan hirisan carrot dan celeri, cube atau perisa, tambahkan air jika perlu...renihkan perlahan-lahan...taburkan daun sup dan bawang goreng...sup mesti hidang panas baru sedap...

untuk sambal cili...saya kisar 4 biji cili merah, 6 ulas bawang putih...masukkan kedalam periok kecil, tambahkan 1 sudu besar cili blender, cuka, gula, garam, dan perisa...tambahkan air dan kemudian rebus hingga sambal pekat...rasanya mesti masam dan manis... untuk kicap ni...campurkan kicap pekat manis, kicap cair, minyak bijan dan lada putih sebuk...

Thursday, May 26, 2011

bath bun

(wisegeek.com) The Bath bun is a large and round, sweet yeast bread traditionally made in the historic city of Bath, a hundred miles west of London, Britain. The Bath bun is best known for being decadently sweet, as bakers insert a sugar lump at the center of the bread and top the bun with candied fruit peel and crushed sugar. Apart from butter, flour, and egg, other sweet ingredients added to the Bath bun include currants, raisins, or sultanas. Other versions of the bun also have almonds added as extra topping.

The Bath bun is often confused with the Sally Lunn bun, also a Bath delicacy. Sally Lunns are made of a relatively light bread that can be eaten together with either sweet or savory foods. What adds to the confusion is that restaurants and bakeshops tend to sell both buns. Sometimes the buns are also confused with other fruit buns, spicy hot cross buns, or any of the French pastries that are also round in shape. The Bath bun, however, is an English invention and a sweet tooth’s delight.

apa pun maksudnya bath bun ni...rasanya memang sedap dan inilah resepi yang kkida korek-korek dari website dan buat pagi tadi...

225g plain flour
1/2 tsp salt
55g caster sugar
55g unsalted butter, room temperature
2 1/2 tsp dry yeast

150ml full fat milk, warm to 40C
1 medium egg

30g sultanas
1/2 lemon zest

1 tbs brown sugar (granules)
1 tbs honey

method
preheat oven to 210C
mix flour, salt, sugar and rub in butter, then mix in yeast...make well in the centre...
beat egg into milk and pour over flour, mix to a soft doh, turn onto floured surface and knead until glossy and no longer sticky...
lightly oil clean bowl and add doh and leave to double in size about 1 to 2 hours...
turn doh onto lightly floured surface and work in lemon zest and sultanas until well mix, divide onto 8-9 portion and arrange in baking tray...raise for 20 minutes...
brush with honey and sprinkle sugar...bake for 20 minutes...

note: doh bath bun ni memang lembek...taburkan tepung atas papan uli ketika menguli untuk mengelakkan doh ni melekat...

kurma sotong

salam,
lewat kkida bersiaran hari ni...hehe...sebenarnya lepas masak lunch tadi kkdia gi pejabat imigresen damansara...renew pasport...pp kkida dah nak due hujung tahun ni...lamalah juga lagi ada lebih enam bulan...tapi jika nak buat booking kemana-mana susahlah sikit terutama jika nak kena booking awal dan tarikh travelnya lambat lagi...

airasia tengah rancak buat sale sekarang ni...dan memang kkida pun dok tinjau-tinjau jugalah website airasia tu...ada gaklah yang berkenan....tapi tulah...semua masa perjalanannya bercanggah dengan time table ahli-ahli rumah ni...ada yang boleh ada yang tak boleh...nampaknya terpaksalah kkida pejamkan mata dan book aje mana yang suka...dan terpaksalah tinggal mana yang tak boleh nak ikut...sorry yek! biorlah mama and ayah je yang gi makan angin tumpang mama larat angkat kaki lagi ni...korang semua masih muda belia...banyak lagi masa...next time jika ada rezki pergilah ke mana suka...

actually kkida teringin gak nak gi Perth, Australia...kkida tengok ramai juga orang gi makan angin ke sana...dan kosnya tak lah mahal sangat kalau pekej pun....tapi bila kkida cakap kat hubby dia kata apa seronoknya gi Perth tu...ulu Australia..(kkida dah pernah sampai Sydney, Melbourne dan Gold Coast)...

kkida harap kenkawan kat Perth jangan marah ya dengan statement hubby kkida tu...sebenarnya negeri orang putih tu jauh lebih maju dari Malaysia ni...pandai jelah my dh tu kata ulu...pada kkida ulu pun tak ngapalah...bukannya kita pernah sampai lagi ke situ...berlambak orang melayu kat sanakan! mesjid pun ada...

ada tak orang Perth yang ikut blog kkida ni...kalau ada ceritalah sikit kat kkida ni...apa tarikan Perth tu...ada ke tempat-tempat menarik sebagai destinasi pelancungan selain tengok kangaroo dan koala yang memang sudah pasti ada dalam travel itenari jika ke Aussie...hehe...

kkida ingat kalau my dh tak minat nak gi ke Perth, kkida nak gi sendirilah....jomlah sapa-sapa nak ikut...kita buat rombongan cik kiah ke Perth nak...:) hehe...serius ni... btw, hari ni kkida buat kurma sotong, memang peliklah sikit...tapi kkida pasti ada yang pernah buat kurma sotong ni....cara dan bahannya sama macam kurma ayam dan daging (ada resepinya di blog ni, kena cari ya)

selain tu kkida buat sambal ikan bilis, potato chips dan kacang tanah goreng...
sambalnya tu biar betul-betul kering dan manis sikit...

Wednesday, May 25, 2011

potato chip and mozarella

resepi ni senang sangat...ada beberapa kali kkida share resepi nachos kat blog ni...caranya lebih kurang sama...boleh guna ready potato chip, nachos, tortilla chips, chachos atau apa saja jenis chips yang anda suka....kerepek ubi atau kerepek pisang pun boleh kalau suka...

topping tu suka hatilah nak letak apa...ready made tomato/pasta sos, cheese sauce, sour cream, guacamole, pickle, cili jeruk hijau, tomato, bawang, berbagai herb...mince beef, chicken meat, sosej, sandwich meat....etc dan berbagai jenis cheese dan sos...suka hati...kkida tak bagi exact resepi...janji ada sos, pickle, cheese...then bakar dalam oven hingga cheese cair...serve hot...(banyak resepi ni boleh dapat dari internet...)

3 layer egg sandwich

salam,
pagi ni kkida nak melayan anak dara kkida si hani tu, nak gi jalan masjid india...dia nak mencari blouse yang biasa-biasa je untuk pakai gi kelas....next week semester baru uitm bermula, ahad ni kkida nak hantar dia balik ke tapah after 4 minggu semester break....happy juga dengan first semester result hani...dengan kursus yang susah camtu memang pecah kepala juga le nak belajar untuk dapat pointer yang lebih 3 point...:) Alhamdulillah....

breakfast pulak pagi ni kkida buat yang simple je...sandwich telur...semalam punya lunch kat rebung sampai hari ni masih terasa...yelah all heavy and rich with santan and oil...lemak manis semua cukup....memang naiklah darah kkida....hehe....

daripada photo-photo ni kkida pasti semua boleh ikutkan step-by-step cara nak buat sandwich ni....bahan-bahannya hanyalah....roti 3 keping, telur sebiji, mayonnaise, cheese chedar sekeping, salad dan tomato...butter untuk sapu pada roti sebelum gril atas gril pan... pecahkan telur dalam roti yang berlubang tu....bila dah agak keras putihnya....dengan hati-hati balikkan roti tersebut dan biarkan telur tersebut set betul-betul macam photo bawah ni... letak cheese atas telur yang masih panas tadi... sapukan mayonnaise pada roti... susun salad... susun supaya roti yang ada telur tadi di lapisan tengah...boleh tambah apa saja bahan yang anda suka pada sandwich ini...ikut selera dan kreativiti masing-masing...

Tuesday, May 24, 2011

nasi lemak mewah....

mewah sungguh nampak nasi lemak nikan....ni kkida beli breakfast pagi tadi....sedap...

harganya cuma rm1.20 sahaja...jadi apa yang mewahnya...kalau nasi lemak kat kopitiam barulah boleh dikategorikan mewah...paling murah pun rm5...

mewah daun pisang....itu maksud kkida...nasi lemak mahal kat hotel dan cafe, kopitiam yang memang mewah harganya tu mana ada letak daun pisang....yang ni cuba tengok...tak yah kkida nak describe panjang lebar...

tapi yang pastinya nasi lemak ni memang sedap...truly kampung flavour...kalau malas nak buat nasi lemak kat sinilah kkida beli....dulu-dulu masa anak-anak kkida kuat makan sekali beli 10 bungkus...sekarang ni since aiman dan ajwad tak makan nasi...4 bungkus je...tu pun kalau atmam tak makan memang sampai kepetang jelah dok bawah tudung saju tu... lokasi tempat jual nasi ni ialah di simpang traffic light nak masuk ke sungai penchala...tepi jalan LDP besebelahan bangunan MOFAZ...dekat juga dengan stesen Petronas....kalau pagi memang ramai orang pejabat minum kat situ...TV3, abang-abang Polis kita, orang yang rushing nak ke office...

selain nasi lemak ada laksam, nasi bungkus berkuah, kueh mueh, roti bakar, telor dsbnya...cuma one thing, tempatnya tepi jalan dan kurang selesalah... apa kkida nak kongsi sesuatu yang menarik tentang nasi lemak ni ialah owner gerai ni...namanya Nawi...En Nawi ni bukanlah calang-calang orang...ada degree dalam bidang computer science dan pernah bekerja di Dubai dan beberapa negara lain...

tapi, tulah kehendak manusia ni bermacam-macam....kekadang susah kita nak ngertikan...dia lebih senang berniaga macam tu, tak perlu berpakaian kemas dan bertali leher, tak heran dengan kereta mewah...cukup sekadar apa yang ada....

dan yang paling kkida tak boleh lupa tentang Nawi ni ialah muka dia....sangat seiras dengan muka abang kkida...kata orang tu memang pelanduk dua serupalah....nantilah bila ada kesempatan kkida nak ambik gambar Nawi dan letakkan sebelah-sebelah dengan foto abang kkida...macam kembar...hehe...

oklah, kkida nak keluar lunch dengan hubby ni....nak ke Rebung...:)

Monday, May 23, 2011

pandan chicken

nak masak ayam pandan ni kena ada mood....kerana remeh jugalah nak membuatnya...remehnya tang mana tau....tang nak membalut ayam dengan daun pandan...sebabnya daun tu suka nak terlucut (terlepas dari ayam tu)...tapikan aroma daun pandan tu memang syiok betullah...terutama tatkala menggoreng ayam tu...harum semerbak satu dapor dan yang pasti rasanya memang sedap...kalau boleh sekor tu kita nak makan sorang je...hehe... bahan marinade ayam
1 ekor ayam sederhana, potong 12
1/4 cawan santan
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar fish sauce
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili blender
4 ulas bawang putih, pecahkan
2 inci lengkuas, hiris
1 biji lime juice
2 sudu besar air pandan pekat
cili merah/hijau hiris nipis
garam dan gula secukupnya

gaul semua bahan dengan ayam dan perapkan beberapa jam atau semalaman dalam peti sejuk. balut ayam dengan daun pandan dan pinkan dengan penyungkil gigi
panaskan minyak dalam periok dan goreng ayam terendam hingga kekuningan/masak...