Sunday, April 24, 2011

soft baguette chicken sandwich

ini pertama kali saya jumpa soft french baguette...selalunya yang kita tahu kulit luar roti baguette ni keras...tapi yang saya beli semalam di jaya grocer, permukaan luarnya lembut...sesuai sangatlah untuk sandwich...bila di grill dalam oven ia menjadi sangat crunchy...tak teruk mengunyahnya...:)

filling sandwich ni sebenarnya lebih chicken filling untuk cannelloni pasta yang saya buat beberapa hari lalu...masih elok lagi...pagi tadi terjumpa (semasa operasi mengemas peti sejuk...:)

...biasalahkan...orang kerja makan gaji ni (maid) bukannya peduli sangat...kalau dah masuk fridge tu, duduklah makanan tu kat situ diam-diam...kalau kita tak ingat dan tak suruh bawa keluar, alamatnya setahunlah apa je xtra food tinggal dalam peti sejuk tu...:(

berbalik kepada soft baguette tadi, saya memang sukalah sebab dah tahu ia ada jual di jaya grocer damansara perdana ni...lebih senang buat sandwich dengan roti panjang seketul macam ni...belah je...sapukan dengan spread pilihan anda...samada sweet or savoury spread...tambahkan salad, sandwich meat, cheese, pickle, mayonnaise dan sebagainya...kemudian gril dalam oven hingga cheese cair...keluarkan, potong kepada beberapa bahagian dan hidang panas...kalau kat rumah saya ni...satu loaf ni bolehlah makan 2 atau 3 orang...:)

No comments:

Post a Comment