Saturday, April 23, 2011

sarak ikan kembung - resepi lama

mulai hari ini sekali-sekala kakida akan repost semula resepi-resepi yang terdahulu yang memang sedap tetapi mungkin terlepas pandang kerana terlalu banyak resepi yang nak dilihat tetapi terlalu sedikit masa untuk membuatnya...resepi-resepi yang kakida repost ni memang berbaloi dan tak rugi jika ada yang ingin mencubanya...

untuk repost pertama ni, kakida letak resepi ini kerana ia memang sedap...memang remeh sikit nak membuatnya...dan percaya tak yang buat ni pun ialah mak kakida dan hanya sekali tu jelah kakida pernah makan....
resepi ini kakida perolehi dari buku resepi lama mak kakida tahun 50an dalam tulisan jawi...ada banyak resepi-resepi lama yang mampu mengembalikan nostalgia ketika kakida kecil dulu...

mak kakida ni memang rajin masak...tulah sebabnya anak dia pun ikut sama...hehe...

jika raya mak kakida suka buat kek dan biskut ikut buku resepi lama ni...tapikan yang peliknya masa tu bau kek dan biskut yang mak kakida buat memang sangat harum...sekarang ni jika kakida buat kek yang simple seperti kek butter tu pun aromanya tak sampai macam tu...mungkin ingredients zaman dulu dan sekarang kualitinya jauh berbeza...

tatkala kakida belek-belek buku ini terdapat banyak resepi-resepi yang kakida suka makan masa kecik-kecik dulu, antaranya biskut kelapa, biskut peanut butter, sagun, biskut bunga cina, biskut semprit, biskut ovaltine, biskut keju, beberapa jenis kek dan pudding...terdapat juga resepi-resepi seperti rendang, steak, nasi beriani, nasi bukhari, nasi tomato, nasi minyak, gulai kampung dan sebagainya...

Insyaallah from time to time, kakida akan masukkan entri ni mana yang kakida rasa sedap...tetapi tak semestinya kakida buatlah....:)

Sarak ikan kembung
5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus atau digiling
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

Memang sedap.......cubalah.

6 comments:

  1. wah. ni la pertama kali nampak resepi dlm tulisan jawi.. khazanah mcm ni patut dipelihara kan ;)

    ReplyDelete
  2. kak ida,
    sedap ni kak ida..resepi org2 lama mmg best...mengembalikan nostalgia.. =)

    ReplyDelete
  3. emak saya dulu2 kalau nak salin resepi dari radio atau TV, dia guna tulisan jawi juga, katanya lebih cepat.Memang nampak sangat sedap ikan tu..tak ramai orang yang mahu berkongsi rahsia masakan yang sedap turun temurun macam Kak Ida..terimakasih saya banyak belajar dari postings Kak Ida, Allah jua membalas kebaikan Kak Ida

    ReplyDelete
  4. Lecehnye nak buat....mmg nak org yg btl2 rajin

    ReplyDelete
  5. Klasinnya buku resepi tu....tulisan jawi lagi....best kan bila kita ada simpanan resepi buku lama2 ni kan....

    ReplyDelete
  6. mak mertua saya pernah buat resepi ni..ituler 1st time sy mkn..mmg sedap..paling tak reti nak buang tulang ikan tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...