Thursday, April 28, 2011

rendang kerang dengan peria

salam,
rasanya resepi rendang kerang ni dah beberapa kali kakida masukkan ke blog ni...perencah rendangnya sama dengan rendang pedas ayam atau daging...cuma main ingredientnya saja yang berlainan...iaitu kerang dan peria...

bahan-bahannya
2 cawan isi kerang
1/2 biji peria, potong kecil

bahan blender:
10 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
3 batang serai
(hiris semua bahan dan blender hingga lumat)
2 sudu besar cili blender

masak bahan blender dengan sikit minyak hingga mendidih, lebih kurang 5 minit, kemudian masukkan kerang dan peria dan biarkan mendidih 5 minit...masukkan santan pekat dalam 1/2 cawan (tambah jika perlu)...masukkan bahan perisa...garam, gula dan
2 keping asam gelugor...masak hingga gravy hampir kering...akhir sekali masukkan 2-3 sudu besar kerisik dan hirisan daun kunyit...masak hingga kering...

rendang kerang ni sedap makan dengan roti...sekali sekala tukar selera...:)

8 comments:

  1. ni 1st time tgok masak rendang campur peria..nnti nak try lah.

    ReplyDelete
  2. resepi baru ker kak...? mcm sedap... skrg kalau nak msk dah tak buntu...ada jer idea akibat berblogwalking...^__^

    ReplyDelete
  3. Kunang,
    kakida ni main reka je...kekadang tu buntu juga nak masak apa setiap hari...maka jadilah rendang dengan perio...hehe...

    Izan,
    dunia tanpa sempadan sekarang...banyak idea masak boleh dapat kalau rajin search di internet...

    ReplyDelete
  4. baru terfikir nak browse resepi rendang kerang dalam blog KAK IDA, tup tup muncul dah...boleh cuba ni..terimakasih berkongsi

    ReplyDelete
  5. terimakasih juga masukkan link blog saya, terharu

    ReplyDelete
  6. Salam buat kak ida... Saya amat kagum dgn kak ida coz u always share d recipes. Sya dah mencuba beberapa recipe dan semuanya turn nice... Kak ida mmg ikhlas dlm berkongsi ilmu... U r SO GREAT

    ReplyDelete
  7. farina,
    kembang hati kakida ni mendapat pujian ikhlas dari farina...
    kakida suka masak n kakida nak share apa yang kakida tahu with others...harap kita dapat manafaat bersama...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...