Friday, April 1, 2011

rendang ayam dengan pressure cooker

seperti yang saya rancangkan....berjaya juga saya masak rendang ayam pencen untuk lunch hari ni....ok....apa yang nak saya ulaskan kat sini adalah penggunaan pressure cooker dalam membantu saya masak rendang ayam tua ni dengan cepat dan mudah...resepi rendang ayam telah beberapa kali saya masukkan entrinya sebelum ini... masukkan semua bahan perencah rendang, ayam dan sedikit santan ke dalam periok... selepas 30 minit saya masukkan lagi santan pekat, kerisik dan daun kunyit dan masak lagi selama 15 minit....inilah rupanya rendang ayam pencen saya selepas dimasak selama 45 minit....kuah/gravynya tidak kering....
pressure cooker memang boleh bantu kita untuk empukkan apa saja yang liat dan keras dalam masa yang singkat....tetapi ia tidak mampu untuk mengeringkan kuah atau air yang ada dalam periok disebabkan wapnya terperangkap dalam periok yang bertutup kemas....sampai berjam pun kita masak kuahnya memang tak kering....itulah sebabnya makanan yang kita masak menggunakan pressure cooker cantik warnanya dan lebih berkhasiat...

apa yang saya lakukan tadi ialah selepas 45 minit, saya masukkan ayam dan gravynya sekali kedalam kuali dan masak dengan api sederhana selama 15 minit sehingga kuahnya kering...sambil di kacau sekali-sekala... masak dua ekor rendang ayam pencen dalam masa sejam....memanglah cepat dan memudahkan...anda tak perlu tunggu depan kuali selama proses memasak...

8 comments:

  1. tq kak ida bagi idea ni, nak try buat rendang guna pc gak la. selalu umi dok buat sup, stew je.tak pernah try buat rendang. ohh..kena masuk kuali kejap nak bagi kuah dia kering sikit ye?

    ReplyDelete
  2. saya pun ada electric pressure cooker tapi belum pernah masak rendang ayam menggunakan nya..lain kali boleh cuba..tq

    ReplyDelete
  3. Umi,
    pressure cooker ni lebih sesuai untuk masakan berkuah seperti kari dan sup...kalau nak masak rendang hanya utk empukkan daging atau ayam je (ayam kampung sesuai).lepas dah empuk transferkan ke kuali untuk keringkan rendang tu...

    shida...cubalah...banyak kegunaan pressure cooker ni...

    ReplyDelete
  4. Assalam kak ida mmg bestkan masak guna pc ni saya pun kalau merendang guna pc jugak kak

    ReplyDelete
  5. Salam Ida....Akak pon guna PC untuk memasak ayam pencen cuma akak tak tau pon bila guna PC tak perlu guna banyak air.Akak ingatkan setiap PC kena letak banyak air supaya tak kering......rupanya akak silap...terima kasih ya sebab share info.....

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Chik Mimi...sorry ek kkida lambat balas...PC memang banyak membantu, cuma kekadang kkida macam seriau sikit sebab wapnya tak keluar...hehe...takut meletop....:)

    Kk Mariam, ida pun belajar dari pemerhatian...logiknya camtulah kan...kalau dah wapnya tak boleh nak keluar memang tak keringlah airnya...itu jelah kekurangan masak dengan PC ni...sama-sama...

    ReplyDelete
  7. Pc noxxa ada stir fry. So blh keringkan dlm 2 jgk :)

    ReplyDelete
  8. Wah bagusnya memsk dgn menggunakan PC electrik ni, cpt, mudah, x bersepah dan x perlu tggu ketika memsk...ni yg teruja nk beli nih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...