Friday, April 22, 2011

mini croissant puff pastry

salam pagi jumaat,
pagi ni saya teringat ada pastry dalam peti sejuk...terfikir nak do something with the pastry...

nak buat apa ye!
yelah orang suka masak macam kakida ni, kepala tu dok mereka je...apa nak masak hari ni, nak buat apa dengan benda ni, nak buat apa dengan ingredient tu...

macam tulah kakida sehari-hari...I am really enjoy to create something out of simple ingredients...tapi tak semestinya kakida enjoy makan apa yang kakida masak/buat...

sebenarnya kakida teringin nak buat croissant bread sendiri...tapi bila ingat kerenyahannya, kakida pendamkan saje...lagi pun roti croissant ni ada jual di most of bakery shop...tulah bertambah malas nak buat sendiri tu...

kakida teringat yang puff pastry pun boleh dibentuk menjadi seperti bentuk croissant,
cuma texturenya je yang berlainan...so itulah apa yang kakida buat pagi ni...caranya mudah je....cuba tengok foto yang kakida attached kat sini... seperti biasa, kakida suka guna pastry kawan...kerana saiznya yang kecil...tak perlu potong apa-apa...

sapukan apa saja spread yang anda suka, samada sweet or savoury spread...disini kakida guna salmon paste yang kakida beli dari ikea food outlet...sapukan sikit creamcheese spread dan kemudian sapukan sikit salmon paste ni... potong pastry bentuk segitiga...kemudian lipat/gulong mula dari bahagian yang lebar menuju ke bucu pastry...kakida pasti semua tahukan macam mana cara roti croissant ni dibentuk...kalau tak pasti kena cari kat google image atau youtube ya... susun dalam tray, sapukan dengan kuning telur dan bakar selama 15 minit...atau hingga keperangan...

kena makan panas-panas baru sedap...ertinya bila teringat nak makan baru buat...kejap je process buat croissant ni...

4 comments:

  1. salam kak ida, yang warna merah tu strawberry jam ke?

    ReplyDelete
  2. tak, itu kakida guna raspberry preserve...lebih kurang macam jam jugalah...

    ReplyDelete
  3. Salam Ida...

    Mudah...ringkas dan sedappp....

    ReplyDelete
  4. ye cek,
    lagi ringkas lagi bagus...janji sedap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...