Wednesday, April 27, 2011

meehoon tomyam bebola sotong dan ayam

salam,
sehingga tengahari tadi air belum sampai ke rumah kakida ni....rumah yang terletak dikawasan tanah rendah subuh-subuh tadi dah ada air...tulah akibatnya nak duduk atas bukit, air pun lambat nak merangkak naik...hehe...

Alhamdulillah...lepas zohor tadi air dah ada...hmm...lebih 24 jam jugalah tak berayor...harap-harap janganlah ada lagi paip yang pecah...:)

since dah takda air kakida pun masak ringkas-ringkas jelah...one dish meal...yang ni masak bidan terjun namanya...apa yang ada dalam fridge itulah bahannya...sayurnya mana yang ada juga...carrot, bok choi, cendawan, bawang besar....rempah tomyam kakida guna premix gravy...senang cerita...

sotong ball tu kakida guna brand ramlee...nampak bagus juga sotong ballnya kerana mereka guna sotong betul...dan juga tambahan 2 keping dada ayam yang dipotong kecil...lain-lain bahan ialah serai, daun limau, limau nipis, daun ketumbar, cili padi dan perisa...tomyam camni sedap di makan panas-panas tatkala hujan petang-petang begini....

4 comments:

  1. menu sihat, mudah cepat dan sedap tu :)

    ReplyDelete
  2. ixora, sekali sekala...menu sihat...:)

    norul,
    kalau lapar semua sedap...hehe...tapi kakida memang suka tomyam...

    ReplyDelete
  3. ermmmm nyum nyum...ringkas dan sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...