Thursday, April 7, 2011

wantan noodle in soy sauce

lunch hari ni saya buat mee wantan yang simple sahaja...

saya menggunakan 2 keping dada ayam yang dicincang kecil, 1 batang carrot yang di potong kecil, sayur bok choi (potong ikut suka), 4 keping cendawan kering hitam yang di rendam dengan air panas dan di cincang kecil, cili merah, buang biji dan hiris nipis...

bahan tumis ialah 5 biji bawang putih, 3 ulas bawang merah, 3 sudu besar cili blender, kicap cair, kicap manis, kicap masin, sos tomato, garam , kiub ayam dan sikit gula supaya rasanya pedas manis...

4 sanggul fresh mee wantan tu saya celur dengan air mendidih supaya lembut (dalam 2 minit)...toskan kering dan letakkan kedalam mangkuk hidang...kemudian buat kuah kicapnya...

mula-mula tumis, bawang tumbuk hingga kekuningan, masukkan ayam cincang, cili blender dan cendawan cincang, masak sebentar dalam 2, 3 minit, kemudian masukkan carrot, kacau lagi seminit dua....masukkan semua bahan perisa, tambahkan air dalam satu cawan supaya ia berkuah sedikit...akhir sekali masukkan bok choi dan cili merah hiris...kacau sekejap (pastikan ia secukup rasa)...akhir sekali tuangkan kuah kicap ayam yang masih panas keatas mee wantan tadi...taburkan daun sup, bawang goreng...kena makan segera, mee wantan cepat kembang...

No comments:

Post a Comment