Thursday, April 21, 2011

cornmeal

salam,
hari ni memang saya tak masak kecuali meehoon goreng pagi tadi je, my kids semua balik lewat dari sekolah...malam ni pun tak masak juga, sebab seperti biasa malam jumaat kat masjid ada kenduri atau makan-makan selepas bacaan yassin...jadi memang relax habislah saya hari ni...oleh tu tiadalah gambar food untuk saya abadikan dalam blog ni hari ini...

walau bagaimanapun saya nak poskan kesini beberapa foto yang saya perolehi dari google image....kesian sangatlah saya tengok kakak-kakak yang teringin sangat nak buat corn muffin ni... tapi tak jumpa cornmeal yang dicari...dan terus-terusan bertanya macam mana rupanya cornmeal tu...

ok, sebelum bercerita panjang mengenai image-image ni, kakida nak bersyarah sikit kat sini...wahai adik-adik dan kakak-kakak sekalian...sebenarnya maklumat di internet ni unlimited, carilah foto apa yang anda nak lihat, semua ada...click je kat google image, kemudian taip words image yang anda cari...contohnya cornmeal, dan tengoklah nanti...bermacam rupa cornmeal yang keluar....yang kuning, putih, merah, semua ada...saya rasa semuanya taukan, tak payah kakida ajar...:) dan inilah dia rupa cornmeal...sebenarnya cornmeal adalah butiran jagung kering yang di kisar...tidaklah terlalu halus seperti tepung....jika anda susah nak dapat cornmeal, boleh gantikan dengan polenta....polenta adalah benda yang sama, hanya nama je yang berlainan...
polenta mudah di perolehi...di cold storage, tesco, giant banyak di jual...
kalau tak jumpa juga polenta...beli biji jagung kering (yang ni memang senang dapat...jangan kata tak jumpa ya), balik rumah, kisar hingga halus (jangan halus sangat, biar boleh rasa seperti pasir) dan guna untuk buat muffin ni....trial an error tau...kakida tak pernah lagi buat macam ni...:D

kalau jagung kering pun tak jumpa...beli plain kelogg's cornflakes dan kisar hingga halus...boleh juga guna untuk buat muffin ni...ini juga trial an error tau...manalah tau kot-kot lagi sedap muffin anda banding dengan muffin kenny rogers tu....:)

ok, harap kakida beri good info ni ya!...selamat mencuba...:)

6 comments:

  1. kak ida...terima kasih ya!....nnt sy cari corn meal ni sampai dapat.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan kak ida. saya pembaca senyap komen untuk pertama kali ni. saya pun hairan kadang-kadang sikap kita. maklumat dihujung jari, kenapa tak nak cari. anak-anak saya pun kena juga ni. ibu lebih tahu dari anak. nak maklumat, tekan saja, nanti datanglah maklumat tu. yang lain boleh cari kenapa apa yang kita nak cari tak tekan dan cari.terlupa ke?

    ReplyDelete
  3. naemah,
    sama-sama...

    Hayati,
    maybe terlupa kot, takpalah...mana yang boleh saya bantu, saya bantu...no problem...hehe...

    ReplyDelete
  4. Assalam kak ida,sy kat Penang pun susah nak cari corn meal merata baking shop yang saya tanya semuanya tak ada,tp ada 1 kedai tu cakap suruh blend pop corn kering dan belum berkesempatan nak membuat muffin ,insyaAllah hujung minggu ni nnti sy update ye ~sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  5. Mimi, good idea tu...yelah macam kakida cakap entri ni...guna jagung kering...boleh beli kat bahagian kekacang yang banyak bergantungan kat supermarket tu...

    ReplyDelete
  6. Polenta mmg ada kat giant dan tesco bahagian organic tu.
    hihih
    pasni boleh la mencuba kan.
    thanks sooo much!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...