Wednesday, April 6, 2011

chicken schnitzel

apa itu chicken schnitzel...dari terjemahan wikipedia dan resepi dari beberapa website, bolehlah kita andaikan chicken schnitzel adalah kepingan dada ayam yang diketuk hingga lembut dan nipis, dicelup kedalam tepung, telur dan breadcrumbs sebelum digoreng dalam minyak yang sedikit...dimakan dengan salad, potato, noodle, rice, etc...

pagi tadi saya ke Tesco lagi, terapi minda yang sangat mujarab buat otak saya yang keboringan ni...hehe....dan tatkala pusing-pusing di bahagian freezer yang penuh dengan berbagai jenis potongan ayam, ternampak cantiknya dada ayam ni...saya beli beberapa keping... balik ke rumah baru saya teringat nak buat chicken schnitzel ni...dan inilah resepi chicken schnitzel saya...

ketuk kepingan dada ayam hingga leper dan lembut...bahan-bahan lain ialah tepung gandum, telur dan susu uht, serbuk roti, minyak zaitun untuk menggoreng... yang penting adalah resepi untuk breadcrums...saya buat breadcrumbs sendiri guna old baguette yang memang sentiasa ada dalam fridge, campurkan dengan dry parsley, dry dill, dry lemon and black pepper...blender hingga menjadi serbuk (herbs ni ikut suka selera sendiri, boleh guna italian herbs, basil, paprika, marjoram, garlic...etc...jika tak nak letak herbs pun ok)

jika malas nak buat bread crumbs sendiri, beli ready-made breadcrumbs atau guna biskut atau sebarang jenis cracker yang terdapat dalam berbagai perisa...lebih mudah...kisar hingga menjadi serbuk...
2 biji telur tadi dipukul dengan sedikit susu dan garam... mula-mula lumurkan ayam dengan tepung gandum, kemudian celupkan dalam bancuhan telur dan susu...akhir sekali celup/lumurkan dalam bancuhan breadcrumbs...

panaskan sedikit minyak zaitun/canola dan goreng ayam sehingga kekuningan, api jangan kuat sangat... hidang dengan salad, mayonnaise, mash potato dan sebagainya...

untuk salad tu, saya guna beberapa jenis tomato, cheese cube, timun, balsamic dressing dan sikit je mayonnaise...

5 comments:

  1. salam Ida. boleh pick up award you di blog kjee? thnx

    ReplyDelete
  2. Very tempting ang simple recipe

    ReplyDelete
  3. hai Sheena...
    you should try this one...its simple and low in calori and fat...

    ReplyDelete
  4. Salam kenal dari cek....Wow! bestnya resepi kat sini....dtg singgah n follow Idala pulak....
    :-)

    ReplyDelete