Friday, April 15, 2011

chicken meatball dan prawn dimsum

salam hari jumaat,
hari jumaat adalah hari yang agak sibuk buat saya...sebabnya jam 12 dah nak kena jemput anak dari sekolah...oleh itu masak pun kena express jugalah...

lama dah tak masak pasta, jadi hari ni saya masak vermicelli pasta...saiz pasta ni lebih kurus dari saiz spaghetti...

sebelum tu saya buat chicken ball terlebih dahulu...kemudian baru goreng pasta...
kerana tiada sayur dalam fridge dan saya pun malas nak ke kedai...maka saya campur apa saja bahan yang ada dalam bekas sayur...dan yang ada hanyalah terung...terung pun terunglah....hehe...

vermicelli pasta ni kena rebus dulu hingga lembut lepas tu baru digoreng...macam kita goreng mee tu... yang saya nak share kat sini adalah cara buat chicken ball ni...saya guna ready frozen chicken meat (boleh beli kat bahagian sejuk beku), beratnya sekitar 400g...campurkan dengan home-made bread crumbs (anggaran 1/2 cawan), garam, perisa, sebarang jenis dry herbs (saya guna dry dill)....gaul rata... panaskan sikit je minyak dalam pan, kepalkan chicken ball kecil-kecil dan stir fry hingga kekuningan...(foto atas)...

chicken ball ni boleh makan macam tu saja, campurkan ke dalam sup, buat sambal, campurkan dalam meehoon, dan sebagainya... pasta ni kakida goreng macam goreng mee kuning....guna cili blender, kicap dan sos...campur telur 2 biji....kalau ada sayur campurlah sayur...jika tidak biar plain pun ok...

selain vermicelli pasta kakida buat prawn dimsum...kerana ada udang dan kulit wantan lebih hari tu...

bahan-bahannya mudah saja...kupas kulit, ekor dan kepala udang dan basuh bersih supaya hilang bau hanyirnya...masukkan kedalam food processor, masukkan daun ketumbar, lada hitam, garam dan perisa...blend hingga hancur...

keluarkan dari mixer dan letakkan dalam bekas lain...masukkan sedikit breadcrumb dan gaul rata...sudukan ke dalam kulit wantan dan lipat...kukus sehingga masak (15 minit)
hidang dengan sos cili thai dan kicap...

3 comments:

  1. Sedapnya...lapo dah perut kak cek ni....nyum...nyum...tgk gambo jelah....

    ReplyDelete
  2. ala...cik cek masak pun sedap-sedap juga ida tengok...telan ayaq liuq juga kita kat sini...:)

    ReplyDelete