Sunday, April 3, 2011

chicken in cannelloni


sebenarnya saya bukan tak nak share resepi ni, tapikan rasanya susah kut nak dapatkan cannelloni pasta ni...saya juga puas mencari dan akhirnya terjumpa di jaya grocer, damansara perdana.

untuk sosnya yang berwarna merah tu saya guna 2 tin sup tomato campbell.

untuk fillingnya tu saya guna mince chicken meat, fresh breadcrumbs, ready mix herbs and spices, salt, pepper and grated parmesan cheese. gaulkan sebati dan isikan kedalam kelongsong cannelloni pasta. grease baking tray dengan minyak zaitun terlebih dahulu, tuangkan 1 tin sup tomato...kemudian susun pasta dan tuangkan 1 tin lagi keatas pasta...pastikan pasta tersebut terendam dalam sos...akhir sekali taburkan cheese dan bakar mengikut arahan pada bungkusan pasta tersebut.

cheese untuk topping adalah mixture of parmesan, mozarella dan cheddar.

cannelloni ni ada yang jenis precook dan instant...kena ikut arahan pada kotak bungkusannya...sebenarnya banyak resepi cannelloni pasta ni yang boleh diperolehi dari internet...jika tak jumpa pasta macam ni, boleh guna filling ni untuk lasagna, cuma sosnya kena ubah sikitlah...

5 comments:

  1. sekali pandang cam makaroni bakar ye kak ida? hmm..mesti yummy ni..!

    ReplyDelete
  2. jaya grocer tu belah mana ya kak?teringin la nk buat cannelonni

    ReplyDelete
  3. salam..nak tanya..kena rebus atau celur dulu x pasta ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenama yg saya guna tak perlu, lihat arahan pada kotak...:)

      Delete