Saturday, April 16, 2011

cannelloni vs tempoyak

pagi tadi ntah macam mana saya ke tesco lagi....si maid ni bila benda dah habis langsung baru depa cakap kat kita...mau tak mau kena gilah juga...

hari sabtu memang sangat tidak sesuai untuk ke tesco...nak membeli satu hal, nak membayarnya pun satu hal...orang ramai...tapi nasib baiklah pagi ni saya pergi awal...orang masih belum ramai lagi...

dah terlanjur pergi tu, mata melilaulah tengok apa yang nak di makan...teringat cannelloni pasta lebih hari tu ada lagi...jadi teringatlah nak buat pasta tu hari ni...tapi semalam baru je makan pasta, takkan hari ni nak berpasta lagi...tapi tak kisahlah, semalam cerita lain, hari ni cerita lain...janji anak suka... untuk filling pasta ni saya guna ready made grill chicken (beli kat tesco tadi)...perisikan semua isinya, buangkan kulit dan koyak kecil-kecil...

herbsnya saya buat my simple and delicious pesto...fresh basil, daun ketumbar dan daun sup...kisar halus dalam food processor, campur dengan sedikit olive oil...campurkan pesto mixture ini ke dalam isi ayam tadi, tambahkan pepper powder, salt, mayonnaise, lemon juice and sour cream dan gaul rata....kuantiti kena agak sendiri ya...

sumbatkan filling kedalam cannelloni....dan susun dalam baking pan...sebelum tu drizzlekan pan dengan olive oil, tuangkan sebotol ready pasta sos (of your choice)...

saya guna tesco brand pasta sos ni...daripada labelnya saya agak sos ini pasti pedas dan sedap...ini pertama kali saya beli sos ni...maybe product baru (sebelum ni tak pernah nampak)...tapi memang saya tak regret beli sos ini...pada saya rasanya memang sedap....sesuai untuk spaghetti, lasagna atau untuk masak apa sahaja... saya beli dua botol sos ni...mula-mula tuangkan sebotol dulu dalam baking pan yang dah disadur minyak zaitun, kemudian susun cannelloni yang sudah diisi fillingnya... kemudian tuangkan sebotol lagi, pastikan sos menutupi keseluruhan pasta tadi...jika tiada cannelloni boleh guna lasagna sheet...tapi kena selang selikanlah susunan ayam, pasta dan sosnya...bakar dalam oven selama 30 minit at 200C...selepas 30 minit, buka oven dan taburkan cheese keatas pasta...bakar lagi 10 ke 15 minit atau sehingga cheese kekuningan... chicken filling diatas tadi juga sesuai untuk sandwich filling dan croissant bread memang sejenis roti yang sedap jika dibuat sandwich.... walau bagaimanapun selera saya dan hubby masih juga tak boleh nak diubah...yang atas tu untuk anak-anak...yang bawah ni untuk saya dan my dh...sambal tempoyak, peria dan terung rebus serta tenggiri masak taucho...hehe...yummy!

3 comments:

  1. walau msk special mcm mn pun tempoyak ttp xleh tinggal yer....^__^ meleleh tgk tempoyak tuh...

    ReplyDelete
  2. Hee..westend campuq melayu la ni..hee

    ReplyDelete
  3. cik izan,
    kita orang perak pekat...tempoyak sedap dari cheese lagi...hehe...

    ibh,
    budak sekarang suka makan pasta dan cheese je...tempoyak dan sambal belacan tak jalanlah...

    ReplyDelete