Monday, April 25, 2011

ayam panggang ala ayam percik

kali ini kakida nak repost semula resepi ini...resepi asalnya dah tak berapa betul kerana banyak kali berpindah tempat...resepi bawah ni kakida telah kemaskini semula dan lebih tepat lagi...

sebenarnya resepi ayam ni ala-ala resepi ayam perciklah kononnya...tapi ayam percik ala kakida dan ala 1001resepi...:)

walaupun bahan-bahannya mungkin tidak sama dengan ayam percik asli dari pantai timur, tapi rasanya tetap sedap...(kalau tak sedap kakida memang takkan share kat sini...:)

banyak jugalah bahan-bahan yang nak disediakan, memang remeh sikit membuatnya...tapi amat berbaloi kerana rasanya memang ump! (tak percaya cuba buat sendiri...hehe...) bahan-bahan
10 chicken drumsticks
1 cawan santan pekat
2 sdb gula
garam secukup rasa
2 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut

bahan kisar
10 bawang kecil
10 biji cili kering
2cm halia
3cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai
5 biji buah keras

cara
1) perap drumstick dengan bahan kisar, garam, gula, bunga lawang, kayu manis selam 2 jam.
2) susun drumstick dalam oven dish yang di lenser sedikit minyak dan gril selama 20 ke 30 minit...(sos perap yang lebih disimpan ketepi untuk kegunaan kemudian)
3) pusingkan kedudukan drumstick dan bakar lagi 20 minit.
4) pindahkan drumstick yang telah masak kedalam bekas hidang...tuangkan lebihan sos perap tadi kedalam bekas gril tadi...masukkan santan, asam gelugor, daun limau dan masukkan semula kedalam oven...biar mendidih sebentar...
5) tambahkan garam dan perisa jika perlu...biar sos pekat sedikit...
6) tuangkan sos pekat keatas drumstick tadi....hidang panas...

5 comments:

  1. Assalamulaikum kak ida..ct ni bila musim bulan puasa jer akan cari ayam percik kat JB. tapi sekarang ni tak payah tunggu bulan puasa dah bole makan... hihihi.

    kak ida..ct mintak izin nak link blog ni kat blog ct ya. tr kasih kak ida :D

    ReplyDelete
  2. wow!terliur tengok..makan gitu je tak payah nasi..boleh kurangkan carbo.

    ReplyDelete
  3. CT,
    silakanlah link...tq...

    ixora,
    nilah pengomen blog kakida yang paling rajin sekali...tq...

    ReplyDelete
  4. kalau resepi tu datang dari idea sendiri dan resepi yang pernah kita masak sendiri lagi bagus maksud saya bukan resepi yang cedok dari mana2 buku....

    ReplyDelete
  5. Azie,
    resepi ni, cedok ke tak cedok ke...pusing-pusing tang tu jugalah rasanya, kalau kari rasanya tetap kari, cuma sedap dengan tak sedap je...semua orang pun masak berpandukan sesuatu...takda orang yg masak main hentam keromo je,
    even chef hebat mana sekali pun...mereka pun cedok resepi sana-sini, lepas tu bega sikit-sikit...macam tulah kebiasaannya...kecualilah kalau nak masak hidangan exotic yg tak pernah orang makan...yang tu memang kena reka resepi sendirilah...macam orang dari china yg masak katak atau ular tu...tapikan resepinya tu pun pasti ada kat internet...tak payah reka sendiri...cedok je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...