Tuesday, April 5, 2011

almond apple cake



mood memasak saya kurang beberapa hari ni...ralit dok tengok rancangan junior masterchef dari youtube...memang menghiburkan tengok anak-anak berusia antara 8 ke 12 tahun masak bermacam jenis hidangan yang adakalanya tak masuk dik akal kita melihatnya...betul ke budak-budak ni yang masak atau hanya lakunan sahaja...pandai sungguh kanak-kanak berusia lapan tahun menyediakan pai daging yang sungguh menyelerakan...bermula dari menguli pastri, masak inti pai, membentuk pai, bakar dan hidang dengan begitu cantik dan lengkap dengan saladnya sekali....

walau bagaimanapun saya pandang dari sudut positif...betul atau tidak itu terpulang pada tanggapan masing-masing...kutip mana yang boleh memberikan manafaat kepada kita...banyak resepi, tips dan idea-idea masakan yang boleh kita adaptasikan dalam masakan kita sehari-hari...harap negara kita juga akan mengadakan program seperti ini bagi mencungkil bakat memasak dikalangan remaja dan kanak-kanak...ia lebih berfaedah dari rancangan menyanyi dan hiburan yang dah muak kita tonton...

hari ni walau pun kurang rajin dan kurang mood, saya buat jugalah kek apple ni...tapi hasilnya taklah berapa cantik...walau bagaimana pun disini saya ingin juga share resepinya...manalah tahu ada yang berminat nak cuba....:)

resepinya
125g butter
2/3 cup castor sugar
2 eggs
1/2 cup self-raising flour
1/2 cup plain flour
1/3 cup milk
1 apple, grated
1/4 cup slivered almonds

cara
cream butter and sugar until light and fluffy. beat in eggs one at a time, beat until combined. stir in half the sifted flours with half the milk, then the remaining flour and milk. spread into prepared pan, sprinkle with apple and almonds, bake for about 45 minutes at 180C.
saya menggunakan royal gala apple

note: doublekan quantiti resepi jika nak kek yang besar...tambahkan masa membakarnya...

2 comments:

  1. sedapnye npk apple kek..subur bunga dibwh tu..sejuk je mata memandang

    ReplyDelete
  2. apple kek ni memang sedap kakzai, cuma mood ida 50/50 masa buat kek ni...tu sebab jadi camtu rupanya tu...nantilah nak kena buat sekali lagi...dalam mood yang 100 peratus...:)

    ReplyDelete