Thursday, March 31, 2011

tujuan menulis blog....

tatkala membaca entri cik mat gebu semalam, saya terpanggil untuk mengulas dan memberikan sedikit pendapat mengenai tujuan kita berblogging...

kakida nak cerita dulu kenapa kakida berblog....pertama...sebab takda apa nak buat...hehe...ni kira mengisi masa lapanglah ni...kedua, sebab nak kongsi resepi...(manalah tau kot-kot ada yang berminat nak mencuba resepi kakida ni...) dan ketiga....nak sembang-sembang (kot ada yang nak sembang dengan kakidalah....:)

...yelah, duduk atas bukit sorang-sorang ni memang takda kawan nak sembang selain 2 orang bibik dan cik nyet aje....:)

walau bagaimanapun, pada pendapat kakida lah kan, sedikit sebanyak mengadap komputer ni memang membuang masa...:/...pasti ada yang kata...habis tu kenapa awak dok ngadap juga komputer tu hari-hari kalau dah tau buang masa....jawapannya senang je...."tak kesah, saya nak buang masa juga"...hehe...rasanya lebih berfaedah lagi jika kita gunakan masa mengadap laptop tu untuk tanam pokok bunga atau menyapu laman rumah... pandangan sayalah...tapi tulah...saya sendiri pun tak buat, pandai cakap je...:)

pada pendapat saya...yang tak buang masa jika kita dok mengadap computer ni ialah jika ia boleh membantu kita menjana pendapatan setiap bulan, dengan lain perkataan ia membantu kita mencari rezki dan secara tak langsung ia menjadi sumber pendapatan kita, yelah macam orang yang berniaga online tu....dannn...salah satu blog yang mempunyai ciri-ciri tersebut ialah blog kak Jun cupcakekasih...

blog tersebut umpama iklan kepada business kek beliau....and she make lots and lots of money every month from that medium of communication....brovo to her....

tapi tak mengapalah, itu rezeki masing-masing dan masing-masing punya kehidupan
...buatlah apa yang kita suka asalkan tak kacau dan menyakitkan hati orang lain....:)

dan juga kepada pembaca-pembaca blog yang budiman.....rajin-rajinlah tolong click kat iklan-iklan yang kami (bloggers) letak kat tepi, atas, bawah, tengah blog kami tu....hehe....betul tak cik mat gebu (DTS) dan kak jun (Yummylicious)....bolehlah juga tolong kita orang cover bil letrik bulan-bulan ....:)))

hai! banyak pulaklah merapunya kakida ni....meh la kita tengok apa yang kakida masak hari ni....today no menu from pressure cooker (mesti ada yang tertunggu my next pressure cooker menu kan...:)

sebenarnya kakida cadang hari ni nak test masak rendang ayam pencen dengan pressure cooker tu....maklumlah ayam pencen...ayam tua....liat bukan main....nak tengok berapa lama dia boleh empuk jika masak dalam pressure cooker....tapi sayangnya, takda jual pulak ayam pencen pagi tadi...maka tak jadilah nak masak rendang ayam pencen...walau bagaimanapun memang itulah resepi kakida seterusnya menggunakan pressure cooker...

since dah takda ayam pencen, maka kakida pun masaklah apa saje yang ada dalam freezer dan inilah rezeki kakida hari ni....sayur bak choi tumis dengan cendawan kering, tahu lembut dan udang serta sotong tumis dengan sos lada hitam....masakan ringkas tapi memang kakida suka...(kakida jelah yang suka....hehe)....selain tu ada curry ikan tenggiri, terung bakar dan sambal belacan ....biasalah... sayur ni kakida terlebih letak tepung jagung, tulah sebabnya nampak pekat sangat kuahnya tu....caranya....tumis bawang putih dalam sikit je minyak, lepas tu masukkan cendawan hitam yang dah direndam dengan air panas hingga lembut dan diikuti dengan udang, tahu dan bak choi...tambahlah sos atau perisa yang anda suka seperti sos tiram, kicap manis, kicap cair, sos ikan, sos lada hitam...etc....akhir sekali masukkan campuran tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya....hidangkan panas baru sedap... yang ni pula sotong tumis dengan sos lada hitam dan serbuk lada hitam....tapi kakida tambah sos tiram sikit....yang lain-lain samalah....

4 comments:

  1. Kak Da...

    sedap ni ni , nak kena datang rasa dulu hidangan pressure cooker...mesti yummilicious sangat ni...

    ReplyDelete
  2. T, hari ni nak cari juga ayam pencen sampai dapat....lol

    ReplyDelete
  3. Kak Ida, maceh sebab kongsi resepi guna pressure cooker tu.. Saya baru dapat hadiah pressure cooker dpd mak mertua heheh tapi x tau nak masak apa guna periuk tu.. Nasib baik Kak Ida share resepi.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...