Wednesday, March 23, 2011

sausage in pita bread

hari ni terungkaplah satu lagi sejarah dalam kehidupan saya....hehe....sebenarnya akan terukir sejarah dalam kehidupan semua ibu-ibu yang telah mengandung dan melahirkan anak pada tahun 1993...

sebelum kedengaran apa-apa cerita sedih, suka, gembira, kecewa dalam blog-blog, dalam facebook, twitter, youtube, surat khabar dan media elektronik, iaitu selepas jam sepuluh pagi ni, biarlah saya orang yang pertama mengucapkan syabas kepada mak-mak diluar sana yang telah bersusah payah selama hari ini untuk memenuhi segala keperluan anak-anak yang pada hari ini sekitar jam sebelas akan menerima keputusan peperikasaan yang saya kira paling pentinglah dalam sistem pembelajaran peringkat menengah iaitu keputusan SPM....:)

tak kiralah walau apa pun keputusan yang akan mereka tunjukkan pada kita....kita terimalah dengan seadanya....benda dah lepas, janganlah kita ungkit dan kenang lagi....fokus ke depan....kepada perkara yang masih kita boleh perbaiki lagi.....keputusan yang baik! memang itulah yang paling kita harapkan....tapi sebenarnya, ia bukanlah penentu segala-galanya....rezki datang dalam berbagai cara dan yang paling utama selepas ini usaha harus ditingkatkan dan berdoalah selalu semuga segalanya dipermudahkan....

....sorry ye.....panjang lebar pulak saya bersyarah pagi ni....sebenarnya bukan apa....saya ni lebih kepada nak menyedapkan hati sendiri sebenarnya...macam nilah keadaan saya setiap kali anak -anak nak ambil result peperiksaan....saya yang telebih debarnya...silap-silap hari bulan boleh dapat darah tinggi pula nanti (harapan mama semuga ajwad mendapat keputusan yang terbaik....:)....

mehlah kita cerita tentang makan pula....ada pita bread yang saya beli isnin lalu....jadi saya pun merekalah breakfast menggunakan roti pita ni untuk anak-anak yang dua orang yang nak ke sekolah pagi tadi... pita ni kena bakar dulu dalam toaster atau oven....baru sedap....lepas tu sapukan sikit mayonnaise dan masukkan salad dan sosej yang telah dimasak terlebih dahulu... bahan-bahan....
1/2 packet sebarang jenis sausage...hiris nipis,
1/2 biji mentimum, kupas buang empulur bahagian tengah dan cube
1/2 bawang besar, cincang
2 biji bawang putih, cincang
1 sudu besar cili blender
3 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan cili blender dan kacau beberapa minit...masukkan sosej dan goreng sebentar...akhir sekali masukkan timun dan sos serta perisa...kacau dan hidangkan.

4 comments:

  1. resipi kat sini sume best2 tao...
    yg x pena kite imagine yg ad....thanks akak...

    ReplyDelete
  2. kak Ida saya nak bertanya slalu makanan utk kanak2 yg berkasiat dan simple dimasak? hari2 balik keje pk apa nak masak utk anak.teme kasihh

    ReplyDelete
  3. Yuhaini,
    anak you umur berapa?
    kalau ikut stail akak dulu masa anak-anak kecik makan nasi je, lauk apa pun takpa asal tak pedas...tapi kena suap nasi tu ke mulut dia orang...that mean you have to spend time untuk melayan anak makan...kalau biar diorang makan sendiri memang banyak main je...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...