Saturday, March 19, 2011

kacang kuda

Kacang kuda merupakan antara sumber terbaik zink, folat dan protein. Ia juga kaya dengan fiber untuk mengawal pemakanan selain menyalurkan karbohidrat bagi mereka yang mempunyai masalah sensitiviti insulin atau diabetes. Kacang kuda juga rendah lemak. Kacang kuda juga sumber terbaik kalsium. Beberapa kajian yang dijalankan menemui kandungan kalsium kacang kuda sama banyak dengan yogurt yang hampir menyamai susu. 100gm kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, 2.6gm lemak (hanya 0.27gm lemak tepu), 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein.

Tepung kacang kuda Tepung kacang kuda banyak digunakan dan amat popular dikalangan masyarakat Asia Barat seperti India. Tepung tersebut digunakan sebagai adunan membalut daging atau sayur sebelum ia digoreng. Tepung kacang kuda amat popular dikalangan menu masyarakat India terutamanya dalam penyediaan makanan untuk pengamal sayur-sayuran (vegetarian). Ia banyak digunakan untuk memekatkan kari selain digunakan untuk membuat 'pakoras'. Ada juga mencampurkannya dengan susu sebagai pencuci muka.

Kacang kuda rebus
Merupakan salah satu makanan sampingan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya sebagai hidangan minum petang. Selain mudah didapati, penyediaannya juga cukup ringkas. Antara khasiat yang terkandung didalam kacang kuda rebus ialah kandungan lemak tepunya amat rendah, tiada kolesterol dan gula malah tinggi kandungan vitamin B6. Namun begitu, bagi mengekalkan khasiatnya, semasa penyediaan kacang kuda rebus, tidak perlu ditabur garam kerana rasanya sudah cukup enak secara semulajadi.

Kacang kuda dalam tin
Perkembangan industri perkilangan makanan memudahkan kacang kuda untuk dikormesialkan. Kacang kuda juga boleh didapati didalam tin. Tidak seperti sayuran tin yang lain, kacang kuda yang ditinkan masih mempunyai nilai-nilai nutrisi yang tinggi unpama kacang kuda segar. Nikmati kacang kuda dalam tin untuk mendapatkan keperluan serat dan protein yang baik. Kacang kuda tin selalunya dimakan begitu sahaja atau dibuat salad.

Snek kacang kuda
Pelbagai snek yang dicipta dari kacang kuda sebagai makanan ringan untuk kudapan. Khasiat tulen kacang kuda masih lagi terpelihara, tetapi dengan penambahan bahan-bahan lain seperti garam, serbuk perasa menyebabkan kandungan kolesterolnya meningkat dan tidak sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi. Snek kacang kuda ini mudah didapati dimana sahaja.

Salad kacang kuda ala Itali
Sesekali apa kata nikmati salad kacang kuda yang dicampur dengan kacang parang sebagai snek. Khasiatnya sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Caranya mudah, campurkan kacang kuda dengan kacang parang, digaul dengan bawang merah yang dicincang. Taburkan cincangan daun basil dan akhir sekali gaulkan sos salad dan sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidang.

2 comments:

  1. Salam.

    Nak tau saya baca pasal kacang kuda ni sambil buat suara ala-ala rancangan majalah tiga. Seronoklah info pasal kacang kuda ni kak.

    sy pun mmg penggemar kacang kuda. :)

    ReplyDelete
  2. saya mula makan kacang kuda sbb nak cari snek yg sesuai semasa berdiet...sbb mulut rasa nak mengunyah..so kacang kuda rebus adalah piliha nterbaik....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...