Saturday, March 5, 2011

mee udon goreng...

nama mee ni mee udon, berasal dari Japan...tapi kat Malaysia la ni pun orang dah pandai makan mee udon...mee ni kasar dari mee kuning kita tu dan berwarna putih...sedap di goreng dan makan dengan sup....

pagi tadi ke Tesco saya beli sepeket kerana nak cuba, ia bertanda halal dan saya yakin ia halal untuk di makan...(no doubt)...saya masak ikut arahan pada paket dan campurkan seafood mana yang ada (sotong dan udang)...

bawang putih dan merah ditumbuk lumat, kemudian tumis dengan sedikit minyak, masukkan sikit je cili blender, kemudian masukkan sotong dulu dan kacau...masukkan mee dan udang dan kacau rata...masukkan kicap manis, kicap cair, sos tomato, sos lada hitam, sos ikan, tambahkan perisa jika perlu...kacau rata...

mee ni saya tak letak sayur masa menumis....hidangkan dalam bekas lebar dan hiaskan dengan daun salad....


No comments:

Post a Comment