Sunday, March 27, 2011

maggi sup ayam vs cinnamon roll kak mah

selamat berhari minggu, apa pula sarapan anda pagi ini...nasi lemak, roti canai atau hanya instant cereal dan quaker oat sahaja...

apa pun sarapan anda pagi ni pastilah ia dalam suasana yang ceria...bersama famili dan kawan-kawan... maggi sup ni bukanlah sarapan pagi saya hari ini....tak lalulah pula nak menelan maggi pagi-pagi beginikan!

semalam saya buat sup ayam....kerana tak lalu nak makan nasi, saya makan sup ayam dengan mee maggi....tanpa menggunakan bahan perisa maggi kerana sup ayam tersebut sudah cukup perisanya....cuma saya panaskan asing sup ayam tersebut (cukup untuk sebungkus maggi), pecahkan sebiji telur kedalam sup dan biarkan ia keras sikit sebelum dituangkan kedalam mangkuk mee maggi/segera....simple meal...hanyalah sebagai idea... malam tadi pula kak mah datang hantar roti cinnamon ni kepada saya...walaupun baru je buat roti ni beberapa hari lalu, namun saya tak mampu menolak roti kak mah ni...nampak sedap juga...roti cinnamon kak mah ni plain je...tanpa cream cheese topping...

tanpa topping cream cheese macam tak perfectlah pulak roti cinnamon ni....jadi saya pun buatlah topping sendiri....sedap jugalah roti cinnamon kak mah ni...kata orang tu alah bisa tegal dek biasa....:)

No comments:

Post a Comment