Wednesday, March 2, 2011

kari dan kerabu mak mertua...

salam,
hari ni mak mertua saya masak...saya keluar jap dengan kak anis (kakak sepupu)...bukannya kemana...saya ajak kak anis temankan saya ke IQKL (Institut Quran Kuala Lumpur) yang terletak di sungai penchala juga...dekat je dengan rumah...hehe...

tujuannya...nak tanya syarat-syarat yang di perlukan untuk belajar kat sekolah tu....secara kebetulan pengetuanya, Puan Nor Azimah adalah kawan kak anis masa belajar kat US dulu...

hmm....tinggi juga syarat-syarat kemasukan ke sekolah ini...dan dengan rasa rendah diri dan sedikit sedih saya merasakan yang anak saya ni kurang layak untuk menuntut ilmu disini...:)

antara syarat-syarat kemasukan ke tingkatan satu:
pertama...UPSR paling kurang 4A dan 1B (yang ni Insyaallah boleh diusahakan)
kedua...khatam Al-Quran dan boleh membaca dengan lancar (Alhamdulillah, sudah..:)
ketiga...pemahamam tentang tajwid (yang ni mungkin kena ambil masa sikit...)
keempat...kebolehan berinteraksi semasa temuduga (tak pasti...:)
kelima...semasa interview pelajar dikehendaki menghafaz satu page ayat dari mana-mana surah yang diberi dalam masa 30 minit... (yang ni juga saya tak pasti mampukan anak saya?....)

mereka yang berjaya masuk belajar kesini memanglah sangat bertuah...anda akan dididik dengan sepenuh hati oleh tenaga pengajar yang bertauliah...akademik dan al-quran serta sahsiah...ia diibaratkan seperti sebuah sekolah berasrama penuh swasta yang memenuhi kehendak dan keperluan dunia di zaman yang serba mencabar ini...

saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada anda yang mempunyai anak-anak yang memenuhi syarat kemasukan diatas supaya memohon belajar di IQKL. Bayaran bulanannya sekitar rm500+ sebulan termasuk asrama, makan-minum dan bayaran sekolah...itu sahaja...(jumlah pelajar disini tak ramai hanya sekitar 200 orang sahaja)

Puan Nor Azimah juga berkata, jika ada anak-anak yatim piatu yang juga memenuhi syarat-syarat diatas boleh memohon untuk berlajar disini tanpa sebarang bayaran (ditanggung sepenuhnya)...

call this number: 03-77252594
website: http://www.iqkl.us/ berbalik kisah lunch tadi, seperti yang selalu saya katakan, kalau tiba bab kari ni memang tak leh lawan kari mertua saya...entah apa jampinya...lol...memang best...

selain dari tu dia buat kerabu mangga muda, carrot dan bunga kantan...semua di sagat halus, pastu bubuh sikit udang kering tumbuk, bawang merah hiris, cili merah hiris (kalau suka cili api), dan seasoning...sedap weh! yang atas ni pulak sambal terung pipit dengan ikan bilis...selain tu ada sambal belacan, terung muda rebus dan ikan masin...makan hingga menjilat jarilah saya hari ni...:)

3 comments:

  1. salam perkenalan..

    sebut pasal kari mak mertua ni teringat dgn kari mak mertua sy..mmg xde tandingannya..kari penang la katakan..
    sy cuba masak pun still xsama rasa dan aromanya...

    sesekali jenguklh blog sy...

    ReplyDelete
  2. salam,
    saya pasti akan mengunjungi blog anda dan blog sesiapa sahaja yang tinggalkan komen di sini...Insyaallah...:)

    ReplyDelete
  3. yang paling saya suka sambal terung pipit ikan bilis....sedaPPPP..

    ReplyDelete