Sunday, March 6, 2011

honey chicken wings...

kalau anak-anak semua ada kat rumah, saya sangat happy...masa tulah saya rajin mereka-reka nak masak apa...kalau sorang dua takda...mood nak masak kuranglah sikit...sebab tulah kalau weekday hidangannya sama je...hehe...

tapi nasi lemak saya ni takdalah lainnye...cuma selalunya jika pagi minggu macam ni ada pasar pagi kat penchala ni...kalau kebetulan saya nak ke pasar tu, breakfastnya pasti yang readymade jelah...nasi lemak, laksam, kueh-mueh dsbnya...

dan pagi ni saya buat nasi lemak sendiri, sambal sotong dan kepak ayam goreng bermadu...selain mee goreng dan kek...

tengahari ni pula ada jemputan kenduri masuk ke rumah baru (house warming) kat kajang...since no one interested nak ikut, jadi me and hubby jelah yang pergi...tulah sebabnya pepagi lagi saya dah masak...senang kerja... ayam ni saya marinade dulu...

20 kepak ayam, potong dua
1/4 cawan madu
3 sudu besar cili flakes
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil sebuk jintan manis/putih
1 sudu besar tepung gandum
garam dan perisa secukupnya

gaul dan ketepikan sejam...
goreng dalam minyak panas... selain bawang merah dan halia yang dihiris/diketuk, saya suka letak sikit lada hitam biji dalam campuran nasi lemak saya...jika masukkan ketumbar biji pun ok...terpulang kepada selera anda...selain itu daun pandan, garam, gula dan santan adalah satu kemestian...ukuran santan adalah 1/3 daripada kuantiti air....serai yang diketuk juga boleh memberikan aroma yang sedap kepada nasi lemak anda...

4 comments: