Friday, March 25, 2011

bagels bread and poached eggs

roti bagel adalah sejenis roti yang sesuai dimakan dengan manisan atau digunakan sebagai roti sandwich atau roti burger...boleh dimakan bila-bila masa tak kira untuk breakfast, lunch, minum petang atau makan malam...saiznya lebih kurang seperti saiz roti burger dan texturenya lebih liat berbanding roti burger...
A bagel is a bread product, traditionally shaped by hand into the form of a ring from yeasted wheat dough, roughly hand-sized, which is first boiled for a short time in water and then baked. The result is a dense, chewy, doughy interior with a browned and sometimes crisp exterior. Bagels are often topped with seeds baked on the outer crust, with the traditional ones being poppy or sesame seeds. Some also may have salt sprinkled on their surface, and there are also a number of different dough types such as whole-grain or rye.

roti bagels ini saya beli dari supermarket semalam...jika rajin cubalah buat sendiri...banyak resepi untuk roti ni boleh diperolehi dari cooking website...tapi dengan kerajinan saya yang suam-suam ni saya lebih suka beli je yang ready-made...harganya reasonable sangat...rm8 lebih untuk 4 biji roti...lebih kurang rm2 sebiji...pada saya ok sangatlah tu...kalau nak buat sendiri pun belum tentu jadi secantik ini...jika kita makan fish fillet burger di McD pun dah lebih rm7 sebiji...dan sekarang ni saya lihat cheesenya hanya tinggal separuh keping sahaja...(mahal dan tak berbaloilah...) poached eggs ni pun senang je nak buat....panaskan air anggaran 4 atau 5 cawan dalam periok kecil yang lebar hingga mendidih...masukkan 1, 2 sudu besar cuka makan....perlahankan api supaya air tidak menggelegak...pecahkan sebiji telur ke dalam sebuah mangkuk kecil (pastikan kuningnya tak pecah)...pelahan-lahan tuangkan ke dalam periok air panas tadi...masak telur dalam 2, 3 minit....angkat dan hidangkan ketika panas...ikuti cara membuat poached egg yang betul melalui video di bawah ini....

1 comment:

  1. salam ida.. cara masak telur ni sama mcm arwah nenek kak ilah masak lemak telur..dia pecahkan telur dalam kuah lemak tu dgn perlahan2 supaya tak pecah..bila dah beku mcm tu baru dikacau kuahnya..mmg sedap.. cara org putih ni masak salah satu hindari minyak dlm makanan.. kira ok la makanan sihat..
    t.kasih video tuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...