Saturday, February 26, 2011

sambal daging cili hijau...

daripada title kat atas tu je pasti kita tahu bahawa yang berwarna hijau tu ialah cili hijau....ye memang saya menggunakan cili hijau semata-mata....kalau guna cili merah, merahlah warnanya...ni cili hijau, hijaulah warnanya...itu saja....tiada secretnya....:)

tapi cantikkan warna hijau tu...saya memang peminat warna hijau....dari dulu lagi....

untuk resepi ni saya guna 5 biji cili hijau besar, 10 biji cili padi hijau, 5 biji buah keras, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1/2 biji bawang besar, 1 inci halia....semuanya diblender hingga lumat. daging tu anggaran 1/2 kg, saya potong keping-keping dan rebus dulu hingga airnya kering.

panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan blender tadi dan kacau sekejap, masukkan daging dan kacau hingga mesra, perahkan sebiji air limau nipis, masukkan 2 sudu besar santan (yang ni terpulanglah ikut suka anda) untuk berikan creamy texture sikit kat sambal tu...tambahkan garam, gula dan perisa. akhir sekali masukkan cincangan daun ketumbar...kacau hingga kering dan berminyak....rasanya haruslah sedikit pedas, lemak, manis, masam dan wangi daun ketumbar...sedaplah...

No comments:

Post a Comment