kalau orang elergi tak lehlah makan kerang ni, dan kalau suka angin macam saya ni tak bolehlah makan kacang dan petai tu...boleh naik kepala angin silap-silap haribulan....hehe...tapi kenkadang tekak punya pasal...kita pejam jelah dua-dua belah mata yek...sakit nanti kita cerita kemudian...:)
saya blender...
serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili padi (cuma kuantiti tu saya tak dapat nak beri exactly kerana ia terpulang kepada kuantiti kerang anda...kalau lebih banyaklah gravynya, lebih sedap sebab boleh cicah dengan roti nanti).
panaskan kuali dan masukkan sikit je minyak, tumis bahan blender dan 2,3 sudu cili kering blender...kacau hingga wangi dan pecah minyak...masukkan isi kerang...kacau hingga gravynya almost nak kering, kemudian masukkan pati santan...santan ni suka hati banyak mana nak letak sebab ada yang tak suka lemak sangat, maka kurangkan santan, yang tak kesah tu bolehlah letak lebih sikit...biarkan kering sikit kuahnya. kemudian masukkan petai, kacang panjang, asam keping, kerisik, garam, gula, perisa, daun limau dan daun kunyit yang dihiris halus...kacau sekali-sekala hingga kering.
wa... petai peberet aibaks tu.. da lama tak pekene patai.. mana nak jumpe kat kl ni ye?
ReplyDeletesuka sangat rendang udang,manis......sedap hingga menjilat jari.......
ReplyDeleterendang kerang x pernah buat nak cuba nih........
ReplyDeletefirst time dengar resepi nie.. nie klu masak resipi baru.. klu sedap mesti ramai yg tambah.. nak cuba laln dari yg ln..
ReplyDeleteSaya pun first time dengar, rendang kerang petai kacang panjang. Mesti sedap nih. Kena cuba bila ada kelapangan nanti. A variety to kerang cooking;-)
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletesemua kena cuba buat ni ya....sekali-sekala kita tukar selera...:)