Wednesday, February 9, 2011

puff ayam

malam ni saya buat puff pastry dengan inti karipap ayam je....cukuplah...since dah semua tak nak makan nasi... bahan-bahan untuk inti ni saya guna ubi kentang, isi ayam/daging, serbuk kari ayam, bawang putih dan halia yang ditumbuk, cili blender, kulit kayu manis, daun kari, bawang besar sebiji yang di cincang, daun ketumbar...kuantiti kena agak sendirilah ya...cara masaknya sama macam kita tumis kari ayam. kuantiti air kena agak sendiri (jangan letak santan pulak ye)....masak sehingga air kering dan ubi empuk. sejukkan sebelum letak dalam kulit pastry atau kulit karipap. lately saya rasa macam takda mood sesangat nak menulis blog....entah kenapa...mungkin angin lintang bertiup kuat dan membawa bersama mood masak memasak dan berinternet yang selama ni sangat saya sukai...

hari ni lagilah, sakitnya hati saya...apa taknya...seorang penyangak yang tak berhati perut telah pecah masuk ke town house saya (i.e. villa maarof) dan melarikan tv yang terlekat di dinding...mungkin pecah belakang tv tu dibuatnya kerana besi penyangkuk dan sebahagian penutup belakang tv masih ada terlekat pada dinding rumah...tak akan selamatlah orang yang jahat seperti ini....semuga ia mendapat pembalasan yang setimpal kelak...

disebalik rasa sakit hati dengan kejadian diatas, saya rasa bersyukur juga kerana kos tambang pesawat yang di cajkan ke kad my dh telah di creditkan semula oleh etihad airways....ingat tak sebelum ni saya ada cerita yang my dh, hani dan ajwad nak ke cairo pada 29hb hari tu...tapi tak jadi kerana riots yang berleluasa di mesir...menurut staff etihad, kesemua penumpang pesawat yang sama turut membatalkan dan meminta refund kerana mereka tak mahu ke mesir dan jika ditunda pun tak tahu sampai bila....kesian syarikat penerbangan tu kan...

tengah hari tadi saya makan kat luar....tak sempat nak masak kerana temankan my hubby ke pejabat airways tu...we all makan kat restoran haniffa, medan tuanku....tapikan sorry to saylah...pada opinion saya, masakan restoran ni memang tak kaw langsung....tak rasa macam kari mamak pun...lepas ni rasanya saya tak makan kat situ lagilah....

walau bagaimanapun, saya nak share gambar ni....mutton naan...ajwad order hidangan ni...tak taulah sedap ke tak...saya tak rasa pun...

9 comments:

  1. Salam..lol sama jee baru jee wat puff sardin...hmmmm tul lee cuaca panas nak makan nasi cam xtertelan pulak..sedap tgk inti puff niii...

    ReplyDelete
  2. salam...kita pun sama baru buat chicken puff...and first time guna pastri jenama Kawan...selalunya buat sendiri...semedang tak berapa menjadi....

    ReplyDelete
  3. suhailas, eni...sehati sejiwa kita kan...memang kekadang jemu juga makan nasi ni...lagipun bukannya susah sangat nak buat ni kan...

    ReplyDelete
  4. salam kak ida.....
    nak tanyer kat maner nak dpt pastry kawan ni???
    selalu saya beli kat bagus bakery, tp skang harga dia mahal sngt la smpai RM28....
    lgpun kat bagus byk sngt segulung nyer tu....
    tp, resepi ni nmpk menarik sngt2.... compem saya nk cube....

    ReplyDelete
  5. Noora,
    siannya....apasal mahal sangat pastry tu?
    pastry kawan ni kat giant, tesco, carrefour, cold storage ada jual...murah je pastry ni dan kualiti pun bagus...:)

    ReplyDelete
  6. giant 13 shah alam takde, tp nnti saya try tgk kat tesco plak.. tq kak ida...
    pastry tu dia jual tuk org yg meniaga kot... tu yg besar per roll dia jual tu...

    ReplyDelete
  7. payah la nak cari puff pastrty 'kawan' kat area semenyih ni..tgk jer la resepi org, nak buat sendiri pastry maleh, leceh kerja dia...

    ReplyDelete
  8. senang je nak cari pastry ni especially kawan puff pastry. kat giant banyak

    ReplyDelete
  9. noora, dah jumpa ke pastry yang dicari?

    norazlia, kalau datang KL pasti boleh dapat...bukannya jauh sangat semenyih ke KL...

    anna...betul, pastry ni senang dapat...made in malaysia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...