Monday, February 7, 2011

oyster sos kailan

dalam banyak-banyak resepi, resepi yang paling senang ni yang jarang sekali saya buat....ini kerana sayur kailan kurang di minati dan tak berapa popular dalam rumah ni...
tapi semalam saya beli juga sayur ni kerana dah lama tak makan....cara saya buat tumis kailan ni mudah je....saya celur dulu sayur kailan hingga empuk, kemudian letakkan dalam piring hidang....untuk sosnya....saya tumis 2 biji bawang putih, 1 inci halia muda dan 1 biji cili merah, semuanya dihiris dengan sedikit udang kering hingga wangi...kemudian masukkan beberapa sudu besar sos tiram dan masak sebentar....sendukkan keatas sayur kailan tadi dan hidang panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...