Tuesday, February 15, 2011

white mushroom gravy


salam,
hari ni hati rasa tak berapa happy...kucing kesayangan eka, tampanih hilang sejak pagi tadi...lepas makan dia turun ke bawah, tempat parking kereta...biasanya tampanih tak berani keluar jauh, dia main sekeliling rumah je...tapi hingga tengahari tadi kucing tu tak balik-balik....suruh maid turun ke kawasan hutan belakang rumah, takut mungkin dia terjatuh ke dalam longkang atau kawasan semak-samun tu, tapi bayangnya pun tak nampak...kesian tampanih...pasti dia dalam ketakutan...kucing tu kakinya tinggal tiga je...satu kena potong masa baby lagi kerana cedera...memang tak boleh lari laju dan pasti tampanih tak boleh survive dengan dunia luar...harap-harap dia selamat... :(
pagi tadi saya buat omelette for breakfast...yang lain semua dah keluar pagi-pagi lagi dengan aktiviti sport masing-masing...

apa yang saya nak share kat sini ialah mushroom gravy tu...omelette tu dah beberapa kali saya buat dan resepinya ada di blog ini...

bahan-bahan
5 biji fresh button mushroom, cincang
1 biji bawang besar, potong nipis
1 paket mushroom soup mix powder
2 cawan susu
salt and pepper

panaskan sedikit butter atau minyak zaitun, tumis cendawan dan bawang hiris hingga layu, masukkan susu dan mushroom soup mix powder dan kacau hingga pekat...tambahkan garam dan lada secukup rasa...

No comments:

Post a Comment