Tuesday, February 1, 2011

coconut cake

kerana cina nak raya, maka saya pun nak tumpang sekakilah...hehe...hari ni saya langgar diet saya....kononnya tak nak dah buat kek dan makanan manis....tapi dek kerana teringin bila tengok Ina Garten dari rancangan masak Barefoot Contessa buat kek kelapa yang nampaknya sedap sangat tu, maka tadi saya pun buatlah kek yang sama mengikut resepi beliau...
senang sangat dan memang sedap...saya ikut exactly resepinya....

bahan-bahan:
3/4 cawan mentega
2 cawan gula
5 biji telur xtra large
1 1/2 sdt vanilla
1 1/2 sdt almond extract
3 cawan all purpose flour
1/2 sdt baking soda
1 sdt baking powder
1/2 sdt garam
1 cawan susu
4 oz kelapa parut manis

cara membuatnya:
pukul telur dan gula hingga kembang
masukkan telur satu persatu dan pukul sebati

masukkan esen dan almond extract
ayak tepung, soda dan baking powder
masukkan tepung berselang seli dengan susu dan gaul rata
akhir sekali masukkan kelapa

tuang adunan ke dalam dua acuan bulat 9" dan bakar pada 180C selama 30 ke 40 minit atau hingga kekuningan.

buatkan cream cheese icing:
pukul 1/4 cawan butter dengan satu ketul 250g cream cheese hingga sebati
masukkan 1 sudu besar lemon juice dan gula aising secukupnya dan pukul hingga sebati

sapukan icing pada bahagian atas kek dan lapiskan dua. sapukan cream cheese supaya menutupi keseluruhan kek dan taburkan kelapa parut manis supaya melitupi keseluruhan kek.

4 comments:

  1. salam kak, nak tanya la 40z kelapa parut manis tu anggaran dia berapa cup ek...pas tu kelapa parut manis tu, kelapa kering yang selalu kita buat biskut tu ke...

    ReplyDelete
  2. salam umi,
    4oz = 115g lebih kurang...
    kalau takda kelapa parut manis guna je kelapa kering biasa...

    ReplyDelete
  3. salam ..nk tanya susu tu jenis apa yer..Ttk

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete