Thursday, February 24, 2011

beras perang dan ayam tumis taucho...

pagi tadi ke tesco dengan kakak sepupu kak fatah (kak fatah ialah kakak sulung kepada kak anis)...dah seminggu dia datang KL, tunggu kucing kak anis sebab kak anis gi philipine, visit kawan dia.

kak fatah cakap dia la ni makan nasi brown rice mix dengan beras biasa untuk kurangkan kanji dan kurangkan risiko gula dan darah tinggi, bagus untuk semua....jadi saya pun belilah sepeket kecil tadi, nak cuba....masak 1 cawan brown rice campur dengan 1 cawan beras putih biasa...bila makan tadi memang terasa bezanya pada texture nasi tersebut....hopefully, ia memberikan satu perubahan yang baik untuk saya dan juga famili....thanks kak...

buat masa ni agak susah nak dapat bawang-bawang...baik bawang putih, merah kecil, besar....selalu takda stok...kalau ada pun qualitinya memang kurang....baik di giant, tesco dan cold storage sama je, takada stok....dengar cerita negara pembekal utama bawang, i.e. india, telah mengurangkan export bawang ke luar negara buat masa ni, dan most of bawang kita memang datang dari india....sebabnya mereka pun kekurangan bawang untuk kegunaan sendiri....itulah apa yang saya dengar....tapi kenapa nak kena impot ye, kenapa kita tak tanam sendiri bawang....beras pun sama....semua main impot je...

makanan adalah sumber terpenting kepada sesebuah negara, ia boleh menguatkan dan melemahkan sesebuah negara (dari segi logik)...kalaulah sesuatu perkara yang tak diingini berlaku, contohnya bencana alam atau bencana buatan manusia, pastilah mati kebuluran kita di malaysia ni...rasanya saya pun nak mulalah bercucuk tanam sikit-sikit keliling rumah ni....hehe....compoun keliling luas....buat masa ni cili memang sentiasa ada keliling rumah, tak sempat nak merah dah kena petik...begitu juga serai, lengkuas, daun pandan, belimbing buluh, kemangi, keladi lambuk, pucuk ubi, kacang botor, kunyit/daun kunyit dan buah mangga manis pun dah mula berbuah....bolehlah kalau nak makan sendiri tu....:)

lepas ni nak cari biji benih, terung, bendi, kacang panjang, tomato...dll...(chewah! macam bagus je saya ni)....sebenarnya my maid yang tua tu, bibik, sangat rajin bercucuk tanam....tangan dia hijau...tanam apa pun menjadi....(insyaallah, nanti kalau ada kesempatan saya masukkan photo pokok-pokok keliling rumah kat blog ni :)

hari ni, saya masak ringkas habis, ayam tumis taucho...macam masak taucho ikan....bolehlah....sekali-sekala tukar selera... sambal udang ni tambahan kepada lauk ayam taucho....udang tu kena buang kulit semua, kalau tak garenti tak habis sebab tukang makannya malas nak kopek kulit udang tu sendiri, lagi pun buat bersepah meja je penuh dengan kulit udang... selain tu saya rebus telur masin, masak lemak labu kuning, sambal belacan dan ulam timun...

1 comment:

  1. Kepada pembaca yang ingin dapatkan produk berasaskan beras perang, kami ingin syorkan produk minuman ORYGOLD.

    Produk bumiputra kajian UPM. Minuman ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

    Untuk lihat testimoni produk, klik/copy & paste ke search browser>> http://orygolddrink.com/testimoni/

    ReplyDelete