Monday, February 28, 2011

ayam goreng selatan

atau 'orang putih' kata southern fried chicken....tapi yang ni southern fried chicken versi melayu dan versi 1001resepi...:)

saya guna buttermilk, tepung gandum, chili flakes, dry parseley, garam, lada hitam...(kalau nak tambah bahan-bahan lain pun ok, terpulang kepada creativity dan selera masing-masing, janji ayam tu kena celup dengan susu/buttermilk dan di gaul dengan tepung sebelum di goreng...)

marinadekan dulu ayam dengan garam, lada hitam sejam...campurkan tepung dengan parseley dan chili flakes....celup ayam dalam buttermilk (kalau takda buttermilk susu uht pun ok), kemudian celup dalam tepung dan gaul rata...buat hingga habis dan ketepikan sebentar.

panaskan minyak banyak 180C....deep fry ayam sehingga masak....hidang panas dengan sos cili...

No comments:

Post a Comment