Monday, January 31, 2011

wheat bread...

bun berinti sardin... hari ni saya buat roti menggunakan wheat germ. wheat bread lebih baik dari segi kandungan nutrisi berbanding plain white bread...

bahan-bahan
350g tepung gandum
3 tbsp wheat germ
230ml air suam (jangan panas sangat)
1.5 tsp dry yeast
1 tsp butter
1tsp sugar
1 tsp garam

masukkan semua bahan kering kedalam bekas pengadun kek...guna hook untuk menguli roti dan doh. campurkan yeast dengan air suam dan biarkan 2, 3 minit. tuangkan campuran air dan yeast kedalam mangkuk uli berisi tepung dan aduk campuran sehingga menjadi seketul doh. terus menguli doh dengan tangan selama 5 minit, jika doh melekat guna sedikit tepung. bulatkan doh dan letakkan kedalam bekas yang telah di taburkan sedikit tepung. letak ditempat yang suam panas dan biarkan doh mengembang....sekitar 30 minit. tumbuk tengah doh dan uli lagi. akhir sekali bentukkan doh ikut suka. jika nak letakkan inti pun boleh. letakkan doh yang telah dibentuk ke dalam dulang pembakar dan biarkan ia mengembang....lagi 30 minit. sapukan sedikit butter cair atas doh dan bakar selama 20 ke 25 minit pada suhu 210C... delicious plain wheat germ bread... dengan menggunakan resepi yang sama saya bakar roti ini plain...bulatkan doh dan letakkan dalam kek pan bulat. biarkan doh selama setengah jam sebelum bakar pada suhu 210C selama 20 ke 25 minit.

kesimpulannya, resepi ni sedap sebagai bun berinti atau roti plain yang disapu mentega, peanut butter, jam, kaya atau sebagai roti sandwich...

No comments:

Post a Comment